PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Imigresen yang baharu Datuk Ruslin Jusoh berkata beliau akan memberi fokus isu integriti dalam kalangan anggota dan pegawainya, dalam usaha mengatasi penyalahgunaan kuasa dalam jabatan berkenaan.
Bercakap pada sidang media pertamanya di sini pada Khamis setelah dilantik menerajui Jabatan Imigresen pada 22 Mac lepas, Ruslin berkata beliau akan menekankan keperluan bagi setiap pegawai terutamanya mereka yang bertugas di bahagian penguatkuasaan, supaya patuh pada peraturan dan undang-undang.
"Memang tidak adil kalau saya menuding jari kepada semua pegawai Imigresen, sedangkan hanya segelintir sahaja daripada mereka ini 'nakal'.
"Namun jika berlaku pelanggaran arahan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi juga di peringkat tertinggi," katanya.
Sementara itu, Ruslin berkata kerjasama penuh diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung siasatan kes pegawai agensi penguatkuasa Imigresen yang ditahan disyaki terbabit sindiket penyeludupan pendatang asing dari Filipina ke Semenanjung.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi, sekiranya pegawai berkenaan didapati bersalah namun menyerahkan kepada pihak SPRM, untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
"Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja, sekiranya mereka didapati bersalah selepas menjalani proses perundangan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan lima pegawai Imigresen antara sembilan individu direman enam hari, bagi membantu siasatan berhubung sindiket menyeludup keluar pendatang tanpa izin melalui Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Pegawai berkenaan dikatakan menerima wang suapan antara RM100 hingga RM3,000 bagi setiap pendatang tanpa izin daripada sindiket, sebagai dorongan untuk melepaskan mereka menggunakan MyKad milik orang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
RUSLIN: Jika berlaku pelanggaran arahan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi juga di peringkat tertinggi. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.