awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/09/2024
09:45 MYT
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995. - Foto AADK
KUALA LUMPUR: Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa hari ini (17 September).
AADK dalam kenyataan memaklumkan pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-14 adalah bagi kekosongan dan menggantikan Sutekno Ahmad Belon yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) sejak 26 April lalu.
"Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Datuk Ruslin atas pelantikan ini," kata kenyataan itu hari ini.
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Beliau juga pernah memegang jawatan utama antaranya Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.
AADK dalam kenyataan sama turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK.
Topic Berkaitan
#Ruslin Jusoh
#KP AADK baharu
#pelantikan
#Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan