awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di pusat hiburan di Sibu tiada kaitan gengsterisme - Polis

Bernama
Bernama
10/03/2024
12:54 MYT
Rusuhan di pusat hiburan di Sibu tiada kaitan gengsterisme - Polis
Polis menerima laporan daripada orang awam lalu membuat serbuan dan menangkap lima lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 55 tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
SIBU: Kejadian merusuh di sebuah pusat hiburan di bandar ini pada awal pagi Sabtu yang menyaksikan lima lelaki diberkas dan empat individu mengalami kecederaan, tiada kaitan dengan gengsterisme.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian terbabit berlaku apabila seorang daripada suspek dalam keadaan mabuk bertindak mengganggu seorang ahli keluarga empat individu itu yang turut minum di pusat hiburan berkenaan.
Beliau berkata kira-kira 1.44 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam lalu membuat serbuan dan menangkap lima lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 55 tahun.
Zulkipli berkata kelima-lima lelaki itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut, manakala empat individu yang cedera telah mendapat rawatan di Hospital Sibu.
"Akibat gangguan berkenaan, berlakunya pertengkaran mulut dan pergaduhan sampai ke luar pusat hiburan.
"Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu empat kes jenayah dan satu kes narkotik. Pihak polis kini berusaha mengesan suspek yang masih bebas," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi polis melalui talian 084-344111 atau 011-31873715 (Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#pusat hiburan
#gengsterisme
#Polis Daerah Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan