PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) No. 3 2022 Pindaan mengenai Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selepas mendapat perkenan, rang undang-undang itu akan digazetkan pelaksanaannya mengikut garis masa yang disasarkan iaitu minggu pertama September.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong perlu memberi perkenannya sebanyak dua kali sebelum rang undang-undang itu digazetkan.
"Selepas diperkenankan nanti, rang undang-undang itu akan dikembalikan semula kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk diformat sekali lagi, bagi dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali lagi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya selepas itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pemakluman melalui surat kepada semua menteri besar dan ketua menteri untuk mengesyorkan kepada semua negeri mengenai pindaan terhadap Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
Wan Junaidi berkata ia akan yang membolehkan semua Dewan Undangan Negeri meminda Perlembagaan Negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan larangan bertukar parti agar selaras dengan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Kita nak dia (negeri) ikut format kita itu, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang kita pinda bersama itu, supaya Persekutuan dan pihak negeri, undang-undangnya sama.
"Kita takut kalau ada perbezaan daripada sudut perkataan, garis panduan yang disebut di undang-undang itu nanti, akan mendatangkan konflik di antara undang-undang Persekutun dan negeri," katanya.
Wan Junaidi berkata sesi libat urus dengan negeri-negeri akan diadakan bagi tujuan penyeragaman dengan undang-undang Persekutuan di bawah Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 28 Julai lepas, pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti telah diluluskan dengan mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan di Dewan Rakyat.
Pada 9 Ogos, Rang Undang-undang berkenaan turut diluluskan di Dewan Negara selepas memperoleh sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Wan Junaidi berkata sesi libat urus dengan negeri-negeri akan diadakan bagi tujuan penyeragaman dengan undang-undang Persekutuan di bawah Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.