awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU GEG: Ahli Parlimen perlu lebih tegas bersuara

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2023
04:24 MYT
RUU GEG: Ahli Parlimen perlu lebih tegas bersuara
Mohd Afiq (gambar kecil) berkata, RUU GEG yang tertangguh akan memberi kesan terhadap usaha kerajaan dalam membanteras tabiat merokok dan vaping dalam negara. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) digesa untuk lebih tegas bersuara dalam menegakkan kepentingan perkara tersebut.
Yang Dipertua Ikram Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, undang-undang itu sudah diteliti sebanyak tiga kali oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pakar kesihatan awam jadi tiada sebarang isu untuk melaksanakannya.
“Perkara ini perlu dibentangkan segera sebelum Parlimen tahun ini menutup tirai dan sekiranya tertangguh lagi, ia akan memberi kesan terhadap usaha kerajaan dalam membanteras tabiat merokok dan vaping dalam negara.
“Semua orang tahu keburukan tabiat itu kerana itulah undang-undang ini perlu dilaksanakan segera. Kita mahu generasi akan datang bebas daripada rokok dan vaping,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Mohd Afiq berkata, sebenarnya tidak ada sebarang kaitan dengan isu yang cuba dibangkitkan kerana undang-undang tersebut melibatkan hak asasi dan diskriminasi umur.
“Ini demi masa depan negara terutamanya menghapuskan akses utama yang membekalkan stok rokok dan vape. Sekiranya ia dihapuskan, tiada lagi generasi atau budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Kita perlu melihat daripada pelbagai sudut, komplikasinya kepada kesihatan sangat teruk. Begitu juga dengan kerajaan kerana terpaksa mengeluarkan peruntukan yang tinggi bagi menampung kos perubatan akibat tabiat itu,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#vape
#RUU GEG
#ahli Parlimen
#tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan