awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU GEG baharu hanya larang jualan produk tembakau kepada golongan 'belum dewasa'

Firdaus Azil
Firdaus Azil
28/11/2023
05:55 MYT
RUU GEG baharu hanya larang jualan produk tembakau kepada golongan 'belum dewasa'
Tiada lagi klausa - Larangan penjualan bahan merokok dan sebagainya, kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya dalam RUU baharu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 daripada bacaan kali kedua, dan menggantikannya dengan yang baharu untuk bacaan kali pertama.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, RUU baharu itu dicadang untuk dibacakan buat kali kedua pada 29 November, 2023 (Rabu).
Antara perubahan terhadap RUU baharu ialah Perkara 14, iaitu penggantian klausa - Larangan penjualan bahan merokok dan sebagainya, kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
RUU yang baharu menyebut melalui Perkara 13 - Larangan penjualan produk tembakau dan sebagainya, kepada orang belum dewasa - yang membawa maksud golongan yang lahir pada 1 Januari 2007 masih boleh menggunakan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selepas mereka berusia 18 tahun ke atas.
Pada Jun lalu, Dr Zaliha memaklumkan RUU yang dibentang sewaktu zaman Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Kesihatan, perlu dirujuk semula ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan
Langkah itu, menurut beliau perlu memandangkan wujud gesaan badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mencadangkan supaya beberapa perkara di bawah RUU itu diteliti semula.
Pada 18 November lepas, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata RUU tersebut boleh dicabar di mahkamah memandangkan peruntukan berkenaan golongan yang lahir pada 2007 bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun Khairy berkata, penasihat undang-undang KKM ketika zaman beliau yang juga dari AGC berkata perkara itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan, manakala seorang lagi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad berkata, RUU tersebut bersifat melindungi kepentingan awam biarpun mempunyai elemen punitif.
Topic Berkaitan
#GEG
#Zaliha Mustafa
#Perlembagaan Persekutuan
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan