awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU: Isu kompaun, cukai diputuskan dalam pertemuan dengan JKPK Kesihatan - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
18/09/2023
07:30 MYT
RUU: Isu kompaun, cukai diputuskan dalam pertemuan dengan JKPK Kesihatan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata mesyuarat bersama JPKP Kesihatan yang akan berlangsung petang ini adalah bagi memuktamadkan hasil dapatan berkaitan RUU berkenaan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Pindaan berkaitan kompaun dan cukai produk tembakau di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, akan diputuskan dalam perbincangan terakhir bersama Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mesyuarat bersama JPKP Kesihatan yang akan berlangsung petang ini adalah bagi memuktamadkan hasil dapatan berkaitan RUU berkenaan, sebelum ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat bulan depan.
Beliau berkata RUU itu dirujuk ke JKPK Kesihatan setelah ahli JKPK Kesihatan, Ahli Parlimen, badan profesional serta badan bukan kerajaan (NGO) mahukan beberapa perkara di bawah RUU yang dibentangkan pada bacaan kali pertama Jun lepas itu dinilai dan diperincikan lebih lanjut.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Pre Conference of Parties (Pre-COP), Pre- Meeting of Parties (PRE-MOP) dan Bengkel Electronic Smoking Device (ESD) di sini hari ini, beliau berkata sebelum ini ada dalam kalangan Ahli Parlimen berpandangan bahawa generasi muda yang melakukan kesalahan berkaitan merokok hanya perlu dinasihati atau dikenakan hukuman seperti khidmat komuniti.
"Kita terbuka pandangan-pandangan pindaan yang mereka cadangkan. Kita akan lihat sama ada cadangan itu kita boleh cari jalan penyelesaian, maksudnya jalan yang terbaik antara cadangan mereka dan apa pandangan daripada kementerian. Apa pun kita akan bincang dan selesaikan," katanya.
Dr Zaliha berkata JKPK Kesihatan telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemegang taruh termasuk panel pakar bagi mendapatkan cadangan dan pandangan, dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga mempunyai pandangan sendiri berhubung RUU itu.
"Kita akan cari penyelesaian, maksudnya apakah cadangan-cadangan pindaan itu, kita akan terima secara tuntas atau jalan tengah, kita akan bincang pada petang ini," katanya dan menambah ia merupakan perbincangan terakhir sebelum dibawa untuk perbentangan bacaan kali kedua.
Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok.
Fasal 13 dan 14 rang undang-undang itu merujuk kepada larangan penjualan produk atau bahan merokok, pengganti tembakau atau peranti merokok kepada individu yang lahir mulai 1 Jan 2007 (Generasi Penamat - GEG), selain larangan individu GEG membeli produk rokok atau tembakau di bawah fasal sama.
Rang udang-undang itu turut memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih setahun jika didapati produk berkenaan dijual kepada individu yang lahir mulai 1 Jan 2007.
RUU berkenaan sebelum ini pernah dibentangkan bagi bacaan pertama pada 27 Julai tahun lepas oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#Dewan Rakyat
#JKPK Kesihatan Parlimen
#kompaun dan cukai produk tembakau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan