Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu memberi jaminan akta itu kelak hanya akan digunakan ke atas mereka yang benar-benar disyaki melakukan kesalahan berlandaskan maklumat yang diperolehi daripada pihak berkuasa.
"Bukan semua orang pergi Filipina, Syria, Jordan dan mana-mana individu dari negara bergolak itu akan dikatakan terlibat keganasan.
"Sebaliknya hanya mereka yang disyaki dan khusus mempunyai latihan dan ideologi keganasan, inilah golongan yang kita halang," katanya.
Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan membolehkan Malaysia mencegah dan menyekat perjalanan orang ke kawasan konflik untuk menyertai kumpulan militan IS.
Ia juga bertujuan membendung Malaysia daripada menjadi negara sumber atau transit bagi mereka yang ingin berjihad selain menghalang warganegara tempatan daripada menyertai aktiviti organisasi pengganas yang tersenarai di negara asing.
Ia merupakan antara rang undang-undang yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melengkapkan pelaksanaan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin.
Menjelas lanjut Wan Junaidi berkata KDN akan mempertingkatkan tahap latihan dan menaik taraf kelengkapan di Jabatan Imigresen seperti mesin pengimbas 'Advanced Passenger Screening System' (APSS) di setiap pintu masuk di negara ini dalam memastikan pelaksanaan akta itu secara berkesan.
"Kami telah mengenal pasti beberapa alat yang penting supaya kami mempunyai perhubungan terus dengan pangkalan data Interpol bagi memudahkan kami mengenal pasti jika ada penjenayah memasuki negara seawal semasa dia melakukan pembelian tiket di luar negara dan dengan ini mereka dapat dihalang daripada memasuki kapal terbang dan negara ini," katanya.
Menurutnya, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen akan bekerjasama bagi memperkukuhkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bersesuaian dalam melaksanakan perintah menggantung atau membatalkan dokumen perjalanan mereka yang terlibat.
Terdahulu, ketika sesi perbahasan rang undang-undang itu, beberapa penyokong kerajaan membidas tindakan wakil pembangkang yang berterusan mempertikaikan rang undang-undang itu atas alasan kepentingan hak asasi manusia.
Datuk Abdul Azeez Abd Rahim (BN-Baling) berkata pendirian pembangkang yang tidak mahu merubah pendirian untuk menerima pelaksanaan undang-undang itu seakan-akan 'takut pada bayang-bayang sendiri'.
Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula berkata bentuk keganasan pada masa kini semakin berubah dari semasa ke semasa, menyaksikan kerajaan perlu mengambil langkah drastik melaksanakan undang-undang lebih ketat bagi menangani keganasan secara lebih serius.
"Saya ingin menekankan bahawa kemungkinan berlaku keganasan pada masa kini, kerajaan tidak berkompromi dalam isu keganasan, kita tidak perlu berbahas kalau kita bukan pengganas ... kami BN tidak takut kerana kami bukan pengganas dan rang undang-undang ini tiada kena-mengena dengan isu hak asasi," katanya.
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berpendapat kerajaan mempunyai kaedah tertentu termasuk memperkenalkan modul-modul yang relevan bagi menghentikan aktiviti keganasan menular di negara ini.
Dalam pada itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2015 yang antaranya memberi Menteri kuasa untuk menetapkan lokap di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat perlindungan bagi pengurungan orang yang direman di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015.
Bernama
Tue Apr 07 2015
Kerajaan memberi jaminan akta itu kelak hanya akan digunakan ke atas mereka yang benar-benar disyaki melakukan kesalahan berlandaskan maklumat yang diperolehi daripada pihak berkuasa. - Gambar Fail
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."