awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Mahkamah Syariah: "Yang kritik tu budak lagi" - Presiden Pas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/07/2020
07:53 MYT
RUU Mahkamah Syariah: "Yang kritik tu budak lagi" - Presiden Pas
Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas seperti Terengganu dan Kelantan sudah melaksanakan RUU itu melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
Pas menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduh parti itu belum bersedia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, RUU 355.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, negeri-negeri di bawah pentadbirannya seperti Terengganu Dan Kelantan sudah melaksanakannya melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada.
Ahli Parlimen Marang berkata demikian bagi menolak dakwaan Exco Agama Armada BERSATU, Abu Hafiz Salleh Hudin yang menyatakan Pas tidak mempunyai persiapan teknikal dari segi perundangan, mahupun hujah agama ketika mencadangkan RUU 355.
“Terengganu dah ada undang-undang Terengganu, Kelantan dah ada dalam perlembagaan. Dia (Abu Hafiz) kena baca enakmen dah ada di Terengganu dah ada di Kelantan.
“Saya difahamkan Pahang dan Negeri Sembilan ada juga. Tidak silap saya Sabah ada juga...cuma perlu melalui proses perlembagaan. Dia tidak baca habis (sebab) dia budak lagi…yang bercakap tu dia tidak sempat dengan tahun 90 (1990). Kita tahun 90 dah selesai dah,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila pada Jumaat.
Terdahulu RUU itu dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Abdul Hadi sendiri sebagai RUU Persendirian.
BACA: Matlamat RUU 355 untuk mendidik, bukan menyeksa - Tuan Guru Hadi Awang
Perbahasan berkenaannya ditangguhkan, dan versi yang disemak semula dibentang pada November 2016 dan April 2017.
RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Dewan Rakyat
#Kelantan
#mahkamah
#Negeri Sembilan
#Pahang
#PAS
#Rang Undang-Undang 355
#RUU 355
#RUU Mahkamah Syariah
#syariah
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan