awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
Mogok terbesar dalam sejarah New York susulan kegagalan rundingan kontrak
Mayat lelaki ditemukan dalam kereta di Ayer Keroh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU MKN 2015 tidak bercanggah perlembagaan negara - Nur Jazlan

Bernama
Bernama
09/01/2016
13:34 MYT
RUU MKN 2015 tidak bercanggah perlembagaan negara - Nur Jazlan
NUR JAZLAN: MKN hanya mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan satu kawasan kecil yang berlaku masalah berkaitan keselamatan bagi soal keselamatan sahaja termasuk jenayah rentas sempadan dan keganasan. - Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata RUU itu juga tidak mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat seperti yang dibimbangi sesetengah pihak.
"MKN sudah pun wujud sejak 40 tahun lalu di bawah Perlembagaan. MKN hanya mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan satu kawasan kecil yang berlaku masalah berkaitan keselamatan bagi soal keselamatan sahaja termasuk jenayah rentas sempadan dan keganasan.
"Ia tidak ambil kuasa Yang di-Pertuan Agong dan hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh isytihar darurat atau menarik semula arahan darurat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Walk To The Library' di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, di sini hari ini.
Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat pihak pembangkang yang bercadang menyerahkan memorandum bantahan RUU MKN kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dalam ceramah di Parit Bakar, Muar, malam tadi, mendakwa RUU MKN itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bercadang mengadakan jelajah untuk memberi penerangan mengenainya kepada orang ramai.
Menurut Nur Jazlan, MKN adalah pelengkap kepada Perlembagaan Persekutuan selain memberi lebih pencerahan berhubung bidang kuasa serta peranan jawatankuasa tersebut kepada rakyat supaya ia lebih difahami.
Katanya dalam keadaan apabila berlakunya masalah keselamatan di kawasan yang kecil dan terhad serta memerlukan tindakan segera, undang-undang MKN boleh digunakan untuk mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai kawasan keselamatan.
Pada 22 Dis lalu, Dewan Negara meluluskan RUU MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.
RUU itu memperuntukkan bidang kuasa khas antaranya penahanan masuk dan pemindahan orang, perintah berkurung, kuasa untuk mengawal pergerakan jalan, kuasa menangkap dan kuasa menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut.
Topic Berkaitan
#MKN
#Mohamad Sabu
#Nur Jazlan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan