awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berikutan percanggahan Trump-Fed lemahkan dolar AS
X perlu perbaiki Grok AI atau berdepan penguatkuasaan DSA - EU
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka

Bernama
Bernama
13/01/2026
11:55 MYT
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
IMF meluluskan EFF selama 48 bulan pada Mac 2023, dengan menyediakan kira-kira AS$3 bilion kepada Sri Lanka bagi menyokong program reformasi ekonomi dan usaha pemulihan negara itu. - Reuters
COLOMBO: Sri Lanka perlu memohon semakan semula terhadap sasaran yang ditetapkan di bawah perjanjian Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kata Gabenor Bank Pusat Nandalal Weerasinghe pada malam Isnin, lapor Xinhua.
Dalam satu temu bual televisyen tempatan, Weerasinghe berkata perbincangan mengenai semakan penanda aras program itu dijangka bermula lewat bulan ini apabila pasukan IMF tiba di Colombo untuk semakan kelima bagi EFF selama 48 bulan itu.
Misi itu dijadualkan untuk menilai kemajuan Sri Lanka dan mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa kerajaan, kata beliau.
Gabenor itu berkata pelarasan sasaran menjadi perlu disebabkan oleh kejutan luar jangka, terutamanya Siklon Ditwah, yang mengakibatkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan menjejaskan punca pendapatan penduduk di beberapa daerah dengan teruk.
Beliau menyatakan yang belanjawan tahunan digubal sebelum siklon melanda dan impaknya, bersama-sama cabaran baharu yang muncul, perlu diambil kira semasa semakan akan datang.
IMF meluluskan EFF selama 48 bulan pada Mac 2023, dengan menyediakan kira-kira AS$3 bilion kepada Sri Lanka bagi menyokong program reformasi ekonomi dan usaha pemulihan negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#IMF
#semakan
#bancana alam
#siklon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan