Skip to main content

Malaysia

RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya lulus

71605711836_FadillahYusof.jpg
KUALA LUMPUR:Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya diluluskan menerusi undian suara di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

Terdahulu, penggulungan dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement

Must Watch Video