KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, antara lain bertujuan menurunkan had umur untuk memohon kewarganegaraan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.
Pindaan itu supaya ia selaras dengan umur mengundi di Malaysia dan takrif kanak-kanak yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), serta umur dewasa di bawah Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 211).
Perkara itu melibatkan pindaan pada Fasal (2) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada beberapa peruntukan lain dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua dan ketiga RUU itu, dijadual dibentangkan pada mesyuarat sama kali ini.
Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen hari ini, RUU itu juga bertujuan memasukkan fasal baharu (1A) ke dalam Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan, untuk menghendaki mana-mana orang yang berumur bawah 18 tahun yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran, untuk mengangkat sumpah dalam masa 48 bulan apabila mencapai umur 18 tahun.
Selain itu, pindaan turut melibatkan Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan dengan peruntukan hal keadaan tambahan bagi Kerajaan Persekutuan, untuk menahan pendaftaran akuan pelepasan kewarganegaraan mana-mana orang, jika pelepasan itu memudaratkan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau kepentingan awam.
Sementara itu, pindaan pada perenggan (a) Seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan pindaan, bakal menyaksikan seseorang kanak-kanak yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu bermastautin secara tetap di Persekutuan, kini tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Pindaan ini juga memperuntukkan hak yang sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan yang mana ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara, untuk memperoleh kewarganegaraan, melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.
Turut dibentangkan untuk bacaan kali pertama ialah Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 bagi mengadakan peruntukan, antara lain terhadap penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara dan pelantikan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara, sebagai langkah meningkatkan keselamatan siber.
Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika membentangkan RUU itu memaklumkan, bacaan kali kedua akan turut diadakan pada mesyuarat kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua dan ketiga RUU itu, dijadual dibentangkan pada mesyuarat sama kali ini. - Gambar fail/BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina
Berdasarkan prinsip layanan salingan, layanan sama diharapkan akan diberikan kepada Malaysia oleh negara asing.
Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023
Rang undang-undang (RUU) bagi menggubal akta mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga diluluskan persidangan Dewan Rakyat hari ini.