awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU tembakau, rokok: Ahli Parlimen disaran tandatangan SD bebas dari pemain industri

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2022
11:49 MYT
RUU tembakau, rokok: Ahli Parlimen disaran tandatangan SD bebas dari pemain industri
Kesemua ahli Parlimen sebaik-baiknya menandatangani akuan bersumpah bahawa mereka tiada kaitan dengan industri tembakau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen perlu mengisytiharkan sebarang kaitan atau kepentingan dalam industri tembakau, yang mungkin mengakibatkan mereka tidak dapat menyokong Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.
Dalam satu sidang media hari ini, sebuah gabungan badan-badan bukan kerajaan berkata, mereka berasa kesal melihat RUU tersebut terpaksa dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selepas mendapat tentangan beberapa pihak.
Jurucakap gabungan berkenaan, yang juga Pengarah Kesihatan Institut Kanser Negara Dr Murallitharan Munisamy berkata, kesemua ahli Parlimen sebaik-baiknya menandatangani akuan bersumpah (SD) bahawa mereka tiada kaitan dengan industri tembakau.
“Mereka perlu isytihar sama ada mereka terlibat terhadap pihak berkepentingan. Do they have a vested or conflict of interest? Kami menggesa mereka untuk declare.
“Sebaik-baiknya sebelum mula tugas jawatankuasa (JPKP) ini, kalau boleh kami menggesa supaya mereka buat SD. Buat SD letak atas meja, sememangnya kamu tiada sebarang penglibatan dalam industri sama ada industri tembakau atau rokok elektronik,” katanya lagi.
Pada 2 Ogos lepas, Dewan Rakyat bersetuju mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada JPKP.
Perkara itu diputuskan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen selepas dibahas seterusnya digulung oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
BACA: RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen
Ketika mengemukakan semula usul RUU berkenaan, Ahli Parlimen Rembau itu turut mengumumkan 13 Ahli Parlimen yang akan menganggotai JPKP.
Dalam pada itu, Murallitharan juga mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia telah menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu WHO FCTC.
Beliau berkata, konvensyen berkenaan jelas menyatakan pemain industri tembakau atau pihak yang ada kepentingan tidak boleh sama sekali mengganggu urusan penggubalan undang-undang sesebuah negara tentang tembakau.
“Ingin saya ingatkan sama rakan seperjuangan bahawa negara kita tertakluk kepada konvensyen ini, yang telah kita tandatangani.
“Bagi mereka yang sedang berurusan atau cuba berurusan, atau ada hasrat untuk berurusan agensi yang mempunyai kepentingan komersial, dilarang sama sekali melibatkan diri dalam proses menggubal undang-undang berkaitan kawalan tembakau,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022
#NGO
#akuan bersumpah
#industri tembakau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan