KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah akan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menilai semula kriteria yang ditetapkan di dua kawasan di negeri itu yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata beliau sendiri akan memohon perkara tersebut untuk penilaian pihak terbabit pada Selasa.
Beliau merujuk kepada dua kawasan iaitu di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu yang diletakkan di bawah PKPD bermula 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020 yang kemudian dilanjutkan lagi sehingga 9 November 2020.
"Saya memahami perasaan mereka yang terkurung lama ini.
"Kedua saya juga mengambil kira perakuan dan laporan dari jabatan kesihatan atau KKM dan apa yang kita akan buat ialah, esok saya akan meminta MKN Sabah serta jabatan kesihatan untuk menilai semula keadaan di situ dan kita akan laporkan dalam mesyuarat MKN yang seterusnya.
"Buat sementara waktu, saya harap semua penduduk bertenang dan saya fikir apa pun keputusan yang dibuat adalah mengambil kira kebaikan secara keseluruhan," katanya dalam sidang media maya yang diadakan di Kota Kinabalu pada Isnin.
Masidi berkata demikian sebagai mengulas isu bantahan oleh penduduk di kedua-dua kawasan terbabit pada petang Isnin.
BACA: Keadaan di PPR Mutiara Kasih, Taman Khazanah Indah terkawal
BACA: COVID-19 di Sabah: Tiada sampel tertunggak, angka positif masih tinggi
Tambahnya, beliau yakin dengan keputusan yang telah dibuat hingga membawa kepada pelanjutan tempoh PKPD terbabit dan bukan bertujuan untuk menyusahkan penduduk sebaliknya atas faktor kesihatan.
"Kita kena faham bahawa kita sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang cukup hebat dan menggerunkan serta Sabah merupakan negeri yang paling terkesan dengan penularan wabak ini.
"Buat sementara waktu kita tunggu penilaian pihak berkenaan," ujarnya.
Jelasnya lagi, berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM, masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti tersebut.
Atas nasihat KKM, Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu selama 14 hari bermula 10 November 2020 sehingga 23 November 2020.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Nov 09 2020
Datuk Seri Masidi Manjun berkata beliau sendiri akan memohon perkara tersebut untuk penilaian pihak terbabit pada Selasa. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.