Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah akan menstruktur semula Mahkamah Anak Negeri Sabah mengikut model mahkamah syariah atau sivil khususnya dari segi hirarki.
Menterinya Datuk Aidi Moktar berkata seperti mahkamah syariah atau sivil yang mempunyai mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, Mahkamah Anak Negeri juga akan distrukturkan sedemikian.
"Sehubungan itu, saya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam agar dapat diwujudkan perjawatan bersesuaian berdasarkan keperluan Mahkamah Anak Negeri tersebut.
"Misalnya, Orang Kaya Kaya (OKK) kita wujud perjawatan Gred41 dan mestilah dalam kalangan anak-anak tempatan Sabah yang memiliki ijazah, begitu juga Ketua Anak Negeri ini kita ibaratkan sebagai hakim mahkamah tinggi dan sekurangnya memiliki diploma," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Sekolah Islamiyah Tawau Sabah (ASIST) ke-8 di sini, pada Ahad.
Katanya Wakil Anak Negeri pula yang boleh dianggap setara hakim mahkamah rendah, mereka perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia.
"Ini agar Mahkamah Anak Negeri Sabah dipandang berwibawa oleh masyarakat dan segala proses berjalan lancar," kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah itu yang bersara pada 2015.
Beliau berkata penstrukturan semula itu dijangka berlangsung secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun ini bagi memastikan Mahkamah Anak Negeri Sabah dibarisi individu berwibawa, bukan dilantik kerana kenalan politik.
"Kita akan tubuh satu jawatankuasa pemandu khusus melihat perkara ini," katanya.
Beliau turut memuji langkah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menubuhkan kementerian itu yang membuktikan keprihatinan presiden Parti Warisan Sabah tersebut terhadap hal ehwal anak negeri, khususnya dalam mengembalikan Mahkamah Anak Negeri kepada golongan bumiputera bukan Islam.
Mengulas lanjut, Aidi berkata misi dan visi utama kementeriannya turut merangkumi penubuhan Mahkamah Anak Negeri di setiap daerah di Sabah.
Sementara itu mengenai program hari ini, Aidi mengusulkan Alumni Sekolah Islamiyah Tawau mewujudkan Yayasan ASIST yang berorientasikan bantuan khairat dan kebajikan kepada golongan memerlukan termasuk anak-anak Sekolah Islamiyah Tawau.
Beliau turut mencadangkan agar Papar dibangunkan menjadi antara Hab Pendidikan di Sabah selain di Sandakan serta Tawau.
--BERNAMA
Bernama
Sun May 27 2018

Aidi berkata misi dan visi utama kementeriannya turut merangkumi penubuhan Mahkamah Anak Negeri di setiap daerah di Sabah. Foto Facebook/@aidi.moktar.3

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).