awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah benarkan solat berjemaah, aktiviti masjid, surau mengikut ketetapan mulai Jumaat ini

Bernama
Bernama
17/06/2020
14:02 MYT
Sabah benarkan solat berjemaah, aktiviti masjid, surau mengikut ketetapan mulai Jumaat ini
Majlis Fatwa Negeri Sabah bersetuju membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah serta aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri. - Gambar BERNAMA
Majlis Fatwa Negeri Sabah bersetuju membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah serta aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut ketetapan, berkuat kuasa Jumaat ini.
Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, kebenaran solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar keluasan masjid atau surau serta kemampuan ahli jawatankuasanya, dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard menetapkan jarak satu meter antara jemaah.
Beliau berkata, jemaah bergejala seperti demam, batuk, selsema, sesak nafas dan sakit tekak termasuk yang menghidap penyakit kronik, kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan warganegara asing tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau dalam tempoh itu.
"Setiap jemaah hendaklah membuat pengesanan suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan serta merekodkan kehadiran di dalam buku disediakan. Selain mengamalkan penjarakan sosial termasuk semasa solat, para jemaah juga diingatkan untuk mengelak bersalaman.
"Solat Jumaat perlu dilaksanakan di masjid atau surau yang dibenarkan walaupun bilangan jemaahnya kurang 40 orang dalam tempoh PKPP," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Bungsu berkata, kewajipan solat Jumaat gugur ke atas mereka yang tidak terpilih untuk hadir menunaikannya di mana-mana masjid atau surau pada hari itu dan mereka diwajibkan menunaikan solat Zuhur di rumah masing-masing.
Katanya, ruangan terhad dibuka di luar masjid atau surau yang dibenarkan pihak berwajib bagi memudahkan golongan musafir dan seumpamanya yang ingin singgah untuk menunaikan solat .
Beliau juga berkata aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang dibenarkan di masjid dan surau merangkumi majlis ilmu, kuliah Maghrib dan Subuh sahaja selain majlis akad nikah dengan mematuhi garis panduan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Ibadah korban turut dibenar dilaksanakan di pekarangan masjid atau surau namun perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa agama negeri, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, katanya.
"Pengurusan jenazah dibenar dilaksanakan di masjid atau surau dengan mematuhi garis panduan pihak berwajib," kata beliau sambil menambah bahawa pembesar suara dibenarkan ketika melaksanakan akiviti di masjid atau surau.
Bungsu berkata semua pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa mengambil langkah keselamatan mengikut saranan dan garis panduan Kementerian Kesihatan serta pihak berwajib agama di Sabah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Fatwa Negeri Sabah
#masjid
#solat berjemaah
#solat fardu
#solat Jumaay
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan