awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah dijangka capai sasaran 40 peratus vaksinasi esok

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
30/08/2021
14:34 MYT
Sabah dijangka capai sasaran 40 peratus vaksinasi esok
Masidi berkata peratusan tersebut dijangka dicapai setelah data penuh diperoleh pada lewat petang Selasa. - Gambar fail/ Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mensasarkan 40 peratus penduduk dewasa mendapat vaksin lengkap menjelang esok.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peratusan tersebut dijangka dicapai setelah data penuh diperoleh pada lewat petang Selasa.
"Sehingga semalam (29 Ogos 2021), 38 peratus penduduk dewasa Sabah telahpun melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2 peratus telah memperolehi satu dos.
"Menjelang malam Hari Kebangsaan (31 Ogos) dijangka 40 peratus penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap," katanya dalam kenyataan perkembangan harian COVID-19 Sabah pada Isnin.
Sementara itu, Masidi berkata kontak rapat kekal menjadi penyumbang utama kes positif COVID-19 harian dengan 1,342 kes daripada keseluruhan 2,310 kes yang direkodkan pada Isnin.
"Saringan bergejala merekodkan sebanyak 680 kes atau 29.4 peratus daripada jumlah kes harian dan 37 kes adalah daripada saringan kluster sedia ada.
"Daripada jumlah kes hari ini, 2,016 kes baharu melibatkan warganegara Malaysia dan 294 kes adalah bukan warganegara," katanya.
Dalam pada itu, Masidi turut memaklumkan masih terdapat keputusan kes yang lewat didaftarkan dan menyumbang kepada angka tinggi kes harian.
"Ada keputusan kes-kes yang lewat didaftar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Hari ini 882 kes atau 38.2 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua hingga tiga hari.
"216 kes atau 9.4 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari dan 260 kes atau 11.3 peratus adalah kes daftar lewat melebihi lima hari," katanya.
Topic Berkaitan
#Sabah
#vaksinasi
#40 peratus
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan