awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir

Bernama
Bernama
30/01/2025
21:20 MYT
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Atas dasar keselamatan, bekalan di pencawang elektrik yang ditenggelami banjir terpaksa dimatikan dan kerja-kerja pembaikan akan dibuat sejurus selepas paras air surut dan keadaan selamat. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah Electricity terus melakukan pemantauan bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir bagi memastikan sistem bekalan berfungsi dengan sempurna dan selamat.
Ketua Pegawai Operasinya Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata syarikat berkenaan telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir iaitu Kota Marudu, Telupid, Lahad Datu, Pitas, Kota Belud, Beluran, Sandakan, Paitan, Beufort, dan Tongod.
"Langkah itu termasuk penyediaan set janakuasa bergerak yang akan ditempatkan di lokasi strategik," katanya dalam kenyataan semalam.
Setakat malam tadi, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 4,383 orang daripada 1,475 keluarga ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga pada petangnya.
Bagaimanapun Yusmanizam berkata atas dasar keselamatan, bekalan di pencawang elektrik yang ditenggelami banjir terpaksa dimatikan dan kerja-kerja pembaikan akan dibuat sejurus selepas paras air surut dan keadaan selamat.
Beliau berkata Sabah Electricity juga telah membuka bilik gerakan di semua daerah terlibat untuk memantau keadaan dan bertindak dengan kadar segera jika terdapat bahaya berkaitan dengan keselamatan elektrik.
"Buat masa ini, keselamatan semua rakyat Sabah yang terjejas banjir adalah keutamaan kami dan kita juga akan pastikan pemulihan bekalan elektrik dapat disegerakan apabila keadaan benar-benar selamat," katannya.
Mohd Yusmanizam turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air selain jangan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembab kerana boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir juga dinasihatkan untuk segera menghubungi Sabah Electricity di talian 15444, 088-515000 atau WhatsApp 019-8525427.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah Electricity
#renjatan elektrik
#bekalan elektrik
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan