awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius

Bernama
Bernama
27/12/2024
21:00 MYT
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Madius juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang turut memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta kepada Sabah Electricity. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah Electricity menerima bayaran subsidi sebanyak RM161.7 juta bagi menampung Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tahun ini, kata Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Beliau berkata pembayaran itu diterima daripada kerajaan Persekutuan pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
"Terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana prihatin mendengar keperluan dan permohonan kita sekali gus membolehkan Sabah Electricity terus dapat beroperasi membekalkan tenaga di Sabah," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Madius juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang turut memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta kepada Sabah Electricity.
Beliau berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lepas mengumumkan pengecualian surcaj ICPT telah dipersetujui bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2025 untuk membantu meringankan beban pengguna.
Pada November, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran dalam persidangan Dewan Rakyat menyuarakan kebimbangan Sabah berkemungkinan akan bergelap semasa perayaan Krismas dan menjelang sambutan Tahun Baru sekiranya kerajaan tidak membuat pembayaran subsidi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Sabah Electricity
#subsidi
#ICPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan