RANAU:Talian satelit atau V-Sat digunakan oleh kerajaan negeri Sabah sebagai penyelesaian jangka pendek bagi masalah akses Internet di negeri itu.
Peralatan satelit itu akan dimanfaatkan penduduk pedalaman sementara menunggu pencawang baru dibina yang dijangka siap pada tahun 2022.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yaakub Khan berkata V-Sat yang diletakkan di bawah program Connectivity Sabah Maju Jaya itu akan membantu menyelesaikan masalah Internet khususnya bagi murid dan pelajar yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
"Sebenarnya kita di pihak kerajaan dan kementerian telah pun bersedia dengan perancangan untuk menaik taraf dan penambah luas perkhidmatan jalur lebar ini melalui Program Jendela.
"Namun dengan kaedah pembelajaran atas talian yang berlangsung sekarang ini, kita mengambil inisiatif mencari kaedah penyelesaian jangka pendek agar anak-anak sekolah tidak ketinggalan.
"Kerajaan menerusi Kementerian Sains Teknologi dan Inovas bersma Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan V-Sat iaitu talian melalui satelit.
"Pada hari ini kita laksanakan dan esok anak-anak ini tidak lagi perlu belajar di tempat yang kita berdiri sekarang ini," katanya yang ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Waluhu, Ranau pada Khamis.
Pada lawatan tersebut Yaakub menyaksikan sendiri suasana pembelajaran pelajar dan murid sekolah yang mengikuti kelas dalam talian di sebuah pondok yang didirikan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
Jelasnya sebanyak 300 GigaByte diperuntukkan bagi kampung tersebut dan untuk bulan pertama penggunaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Pihak kerajaan melalui kementerian ini juga akan memberikan penggunaan secara percuma selama sebulan mulai ia dipasang pada hari ini.
"Kerajaan akan berikan secara percuma selama sebulan dan selepas itu ia perlu ditanggung oleh ibu bapa dan ia akan menelan belanja sekitar RM10 sebulan bagi penggunaan 1GB untuk pelajar dan murid," jelasnya.
Tambah Yaakub, program tersebut yang bermula hari ini akan diselaraskan ke lima buah kampung di lima buah daerah yang telah dikenal pasti berdepan masalah jalur lebar sebelum diluaskan ke hampir 1500 buah kampung di seluruh negeri.
Katanya, kerajaan melhat serius perkara itu kerana tidak mahu ada lagi jurang penggunaan di bandar dan luar bandar.
"Program ini bukan sahaja dilaksanakan di kampung ini malah ia akan kita perluaskan ke kawsan-kawasan lain.
"Program awal ini kita laksanakan di lima buah kampung dan kita akan melihat pada keberkesanannya dan jika ia mendatangkan manfaat dan membantu menyelesaikan masalah seumpama ini, insya-Allah akan kita perluaskan ke kawasan lain.
BACA: PdPR: Panjat bukit setinggi 150 meter, 5 kali seminggu demi ikuti sesi pembelajaran
"Pihak kerajaan melihat perkara ini dengan serius di mana kita tidak mahu ada jurang perkhidmatan ini antara bandar dan luar bandar," katanya lagi.
Antara daerah terawal yang bakal menerima perkhidmatan tersebut adalah seperti Papar, Penampang dan Sandakan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Feb 04 2021

Peralatan satelit itu akan dimanfaatkan penduduk pedalaman sementara menunggu pencawang baru dibina yang dijangka siap pada tahun 2022. - Astro AWANI

Mydin ada bekalan ayam namun hadkan pembelian
Isu bekalan ayam tidak mencukupi menjadi perbualan dan antara topik yang sering dibincangkan di media sosial.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Agenda AWANI Asia: Era Baharu Keunggulan Muzium
Tema sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 ‘The Power of Museum’, adakah relevan dalam konteks semasa? Muzium sebagai insitusi Pendidikan, pentingnya adaptasi dengan perkembangan teknologi digital? Saksikan Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.
![AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968037/thumbnails/39699936581653138454892_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda: 1. Peniaga, Pengguna resah, bekalan ayam meruncing, apa tindakan kerajaan? 2. Kerajaan mungkin perkenal mekanisme bahan api bersasar, bantu orang susah 3. Selebriti aktif politik, Altimet lawan Hans Isaac jawatan Ketua Cabang PKR #AWANInews #MalaysiaSihat

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Malaysia bakal lancar satelit 'remote sensing' dua tahun lagi
Pelaksanaan tersebut kini di peringkat permintaan cadangan (RFP) untuk dikeluarkan kepada pembida yang berminat pada Mei depan.

Krisis Rusia-Ukraine: Imej satelit dedah kemusnahan di Mariupol
Tentera Rusia terus melancarkan serangan di seluruh Ukraine pada Sabtu, melepaskan tembakan meriam dan serangan dari udara.

Timbalan PM Ukraine hargai sumbangan terminal satelit Musk
Stesen berita Eropah Timur, Nexta melaporkan bahawa satelit itu telah menyediakan perkhidmatan pada kelajuan 100 megabit per saat.

KKMM cadang guna satelit tambah baik sistem komunikasi ketika bencana - Zahidi
Penambahbaikan itu bagi mengelakkan berlaku gangguan rangkaian telekomunikasi ketika bencana.

UNITAR jadi IPTS pertama miliki pusat satelit MyFutureJobs
Pusat satelit itu memberi manfaat kepada pelajar dan siswazah, juga pencari kerja dalam kalangan masyarakat setempat.

PRN Sarawak: Gedong akan dibangunkan sebagai Bandar Satelit - Abang Johari
Gedong juga akan memiliki struktur pentadbiran yang lebih tersusun dan terperinci.

Korea Selatan lancar roket angkasa lepas buatan sendiri
Roket yang dikenali sebagai Nuri itu memasuki orbit antara 600 hingga 800 kilomter.

Tiada masalah syarikat swasta tawar khidmat Internet melalui satelit - Zahidi
Kerajaan tiada masalah membenarkan syarikat swasta untuk menawarkan perkhidmatan Internet dan telekomunikasi melalui teknologi satelit, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Ultra Plug & Play Box baharu, kini boleh tonton Astro tanpa piring satelit
Kotak ini tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar.

Gangguan penyiaran satelit MEASAT-3 pulih - MCMC
Menurut MCMC, siasatan awal mendapati gangguan berpunca daripada kegagalan thruster.