awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah kesan dua kluster baharu libat penularan jangkitan dalam komuniti

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
31/07/2021
16:12 MYT
Sabah kesan dua kluster baharu libat penularan jangkitan dalam komuniti
Sebanyak 1,035 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Sabtu. - Gambar hiasan/ AP
KOTA KINABALU: Sabah pada Sabtu mengesan dua kluster baharu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Menurut beliau, Kluster Gambaron Dua yang dikesan di daerah Telupid dipercayai menjangkiti dalam kalangan jemaah masjid dan seterusnya merebak kepada ahli keluarga.
"Kes indeks merupakan lelaki 29 tahun, yang bergejala sejak 22 Julai sebelum disahkan positif di Klinik Kesihatan pada 23 Julai.
"Berdasarkan siasatan, kes indeks mendapat jangkitan daripada seorang rakannya iaitu seorang lelaki dari Tawau yang disyaki menjadi kontak kes positif di Ladang FGV Tanah Mas, Telupid.
"Sepanjang tiga hari bermula 15 Julai, di Kg. Gambaron 2, kes indeks bersama rakannya itu telah menunaikan solat di Masjid Pekan Telupid," katanya.
Kluster ini mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 53 kes dan aktiviti siasatan dan kawalan masih diteruskan.
Sementara itu, satu lagi kluster yang dikesan iaitu Kluster Jalan Corak, Tongod membabitkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 12 kes.
"Kes indeks merupakan suri rumah 30 tahun, yang bergejala demam, batuk dan selesema dan disahkan postif COVID-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Tongod pada 26 Julai lalu.
"Siasatan awal mendapati, kes indeks bersama 14 rakannya mula mengalami gejala serupa sejak menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Telupid pada 24 Julai dan di antara mereka masih menunggu keputusan ujian RT-PCR," katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.
Jelasnya, aktiviti saringan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung yang berdekatan.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri ini berkata sebanyak 1,035 kes baharu dilaporkan hari ini.
Manakala, terdapat sembilan kes kematian dicatatkan hari ini, iaitu tiga daripadanya di Tawau, dua di Kota Kinabalu, dan masing-masing satu kes di Kota Belud, Kudat, Putatan dan Tuaran
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#Kluster baharu
#Masidi Manjun
#masjid
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan