awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan cuaca signifikan dengan luruan monsun hingga 11 Januari
Pembukaan semula lintasan Rafah penting untuk salur bantuan ke Semenanjung Gaza - ICRC
Banjir: Jumlah mangsa di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit, Johor kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah, Melaka perlu bekerjasama promosi destinasi pelancongan

Bernama
Bernama
23/06/2022
10:14 MYT
Sabah, Melaka perlu bekerjasama promosi destinasi pelancongan
STB diminta membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di Melaka kepada orang Sabah, dan begitu juga sebaliknya Melaka akan membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dan Melaka diharap dapat bekerjasama bagi saling mempromosikan destinasi pelancongan popular di kedua-dua negeri.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kerjasama itu penting bagi merancakkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.
"Saya minta Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dapat membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di Melaka kepada orang Sabah dan begitu juga sebaliknya Melaka akan membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Sabah.
"Ada tarikan pelancongan yang ada di Melaka namun tiada di Sabah... begitu juga ada tarikan pelancongan yang ada di Sabah, tiada di Melaka. Oleh itu, adalah langkah yang tepat untuk kita berkongsi pengalaman dan sama-sama mengadakan kempen untuk memastikan industri pelancongan semakin baik, sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Sesi Padanan Niaga Semarak Pelancongan Melaka di sini hari ini yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.
Muhammad Jailani berkata, seminar berkenaan bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka memandangkan sektor berkenaan merupakan penyumbang utama kepada Keluran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka sebelum penularan COVID-19.
Sementara itu, Joniston yang juga pengerusi STB berkata program berkenaan amat bermakna bagi kedua-dua negeri merancakkan sektor pelancongan selepas melalui tempoh yang amat mencabar.
"Program ini (penganjuran) tepat pada masanya selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kemasukan pelancong ke negara kita, termasuklah ke Sabah, juga dilihat semakin bertambah. Saya percaya Melaka juga mengalami situasi yang sama," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu, penting bagi pengusaha pelancongan yang hadir pada program berkenaan mengemas kini antara satu sama lain mengenai tawaran pelancongan yang tersedia di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Melaka
#Sabah
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan