awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah memerlukan 120,000 unit darah setahun

Bernama
Bernama
13/05/2025
21:20 MYT
Sabah memerlukan 120,000 unit darah setahun
Secara purata Sabah memerlukan kira-kira 300 unit darah sehari bagi membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Sabah memerlukan antara 110,000 hingga 120,000 unit darah untuk memenuhi keperluan pesakit di negeri itu namun hanya sekitar 75,000 unit darah yang berjaya dikumpul setiap tahun.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, secara purata negeri itu memerlukan kira-kira 300 unit darah sehari bagi membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah.
"Kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan sektor awam mampu meningkatkan kesedaran tentang pendermaan darah dan menarik lebih ramai orang awam menjadi penderma darah tetap," katanya pada sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri 2025 dan program derma darah di Hospital Queen Elizabeth II, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.
Hajiji berkata, memandangkan kualiti sistem penjagaan kesihatan sangat bergantung kepada kualiti tenaga kerja kejururawatan, pelaburan dalam latihan, kebajikan dan pembangunan kerjaya jururawat penting bagi menjamin kelestarian sistem kesihatan negara.
Tambah beliau kerajaan negeri sentiasa menghargai dan menyokong jururawat di Sabah yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga kesihatan rakyat.
"Selaras dengan tema tahun ini iaitu 'Jururawat Kita Masa Depan Kita: Prihatin Terhadap JururawatMengukuhkan Ekonomi', peranan jururawat bukan sekadar sebagai penjaga pesakit di hospitalmalah mereka pemangkin kesejahteraan komuniti, pendidik kesihatan dan petugas barisan hadapan dalam menangani krisis kesihatan," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas barisan hadapan
#bekalan darah
#pelaburan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan