KOTA KINABALU: Sabah hari ini memulakan pemberian dos penggalak kepada para petugas barisan hadapan, golongan warga emas dan golongan berisiko.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, lebih 60,000 petugas barisan hadapan dan 193,953 warga emas dan golongan berisiko di Sabah dikenal pasti layak menerima dos penggalak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Tegasnya, pemberian dos penggalak di negeri itu melibatkan dua fasa.
"Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan yang bermula hari ini hingga 20 November ini.
"Manakala fasa kedua yang melibatkan golongan warga emas dan berisiko akan bermula 2 November depan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Hajiji, walaupun pemberian dos penggalak itu adalah pilihan tetapi ia perlu diberikan bagi memberi pelindungan kepada para penerima.
Selain itu, beliau memberitahu, dos penggalak ini akan dilakukan di kemudahan perubatan kerajaan dan swasta di bawah pemantauan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
"Individu yang layak akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera selain pusat pemberian vaksin akan menghubungi atau menghantar mesej kepada individu lain.
"Bagi individu yang belum mendapatkan vaksin, mereka perlu segera datang ke PPV, hospital dan klinik berhampiran," katanya.
Setakat 18 Oktober, 70.8 peratus populasi dewasa di Sabah telah lengkap menerima vaksin manakala 319,707 atau 73.67 peratus remaja di Sabah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Astro Awani
Wed Oct 20 2021
Hajiji memberitahu, terdapat dua fasa pemberian dos penggalak ini melibatkan para petugas barisan hadapan, golongan warga emas dan golongan berisiko di Sabah. - CMO Sabah
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.