KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah komited memastikan kawasan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dibangunkan menjadi bandar sempadan seperti yang dirancang bagi memberi manfaat terutama dalam sektor ekonomi kepada Malaysia dan Indonesia.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata ini juga penting bagi memastikan Sabah sendiri dapat memanfaatkan sepenuhnya pembangunan besar dijangkakan berlaku berikutan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.
"Di Sabah Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) akan mengetuai usaha membangunkan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan Rancangan Malaysia ke-12.
"Satu kawasan disediakan untuk tapak pembangunan bandar sempadan Serudong-Simanggaris di Kalabakan dan kerajaan negeri akan membangunkan kawasan ini dengan mengambil kira potensi ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh Sabah kesan dengan perpindahan ibu kota Indonesia ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran buku "Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan: Implikasinya ke atas Negeri Sabah, Malaysia" anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara dalam talian hari ini.
Hajiji berkata impak positif ekonomi dan sosial akan dapat dirasai dengan pembangunan bandar sempadan berkenaan melibatkan pembinaan jalan raya menghubungkan Kalabakan ke Simanggaris serta pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) untuk pemeriksaan keselamatan.
Beliau berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah melihat isu perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan merupakan isu yang memerlukan tindakan segera di semua peringkat kerana Sabah mempunyai hubungan unik dengan jiran Kalimantan, Indonesia.
Mengulas mengenai buku berkenaan, beliau yang juga Pro-Canselor UMS berkata segala idea dan maklumat hasil penyelidikan serta penulisan di dalam buku berkenaan wajar dijadikan panduan dalam membentuk dasar demi kepentingan Malaysia mahupun Indonesia.
Sementara itu Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata buku yang dilancarkan itu merupakan hasil gabungan karya ilmiah 31 ahli akademik daripada Malaysia dan Indonesia yang mengupas implikasi perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan.
"Saya mewakili pengurusan universiti di kesempatan ini merakam ucapan terima kasih kepada Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) yang telah sudi bekerjasama dengan Penerbit Universiti Malaysia Sabah dalam menerbitkan naskah ilmiah ini melalui geran penyelidikan dalaman UMS," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata ini juga penting bagi memastikan Sabah sendiri dapat memanfaatkan sepenuhnya pembangunan besar dijangkakan berlaku berikutan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan. - Gambar fail/BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.
SESB laksana catuan elektrik di beberapa kawasan di Sabah
Catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula semalam di beberapa kawasan di negeri ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.
Penyelam kutip lebih 12 tan sampah dasar laut di Sabah
Jetama akan menganjurkan program ini secara tahunan untuk membantu meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat.
Bantuan tiket penerbangan disalur ke akaun pelajar dalam masa terdekat - Hajiji
Bantuan sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah akan disalurkan terus ke dalam akaun bank pelajar dalam masa terdekat.
Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
Sabah ketinggalan sebab banyak bergaduh, hari-hari berpolitik - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengakui Sabah ketinggalan disebabkan pemimpinnya yang sering bergaduh dan berpolitik.
Kerajaan negeri komited laksana Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya - Hajiji
Pelbagai program telah dilaksanakan melalui pelan itu namun masih terdapat perkara yang dalam tindakan kerajaan negeri.
Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston
Mereka dapat meneroka destinasi baharu, mendalami budaya tempatan, serta memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat.