awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah perinci SOP PKP Tawau, Keningau cegah penularan COVID-19

Bernama
Bernama
06/04/2021
22:45 MYT
Sabah perinci SOP PKP Tawau, Keningau cegah penularan COVID-19
Masidi berkata, semua operasi perkhidmatan dan operasi pentadbiran pejabat kerajaan negeri di Tawau dan Keningau adalah dengan kapasiti kehadiran 30 peratus di pejabat dan 70 peratus bekerja dari rumah kecuali bagi perkhidmatan perlu.
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah telah memperincikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tawau dan Keningau sehingga 16 April ini, bagi membendung penularan COVID-19 ke negeri, daerah dan lokaliti lain.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ini termasuk menetapkan kemasukan ke Tawau dan Keningau sama ada melalui udara atau jalan darat hanya untuk perkhidmatan perlu sahaja.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata mana-mana individu yang perlu bekerja di Tawau juga dinasihatkan untuk mendapatkan surat daripada ketua jabatan atau kebenaran polis.
"Selain itu, hanya 30 peratus kehadiran pekerja daripada kumpulan pengurusan (perkhidmatan perlu) manakala pekerja dalam kumpulan sokongan akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan memastikan penjarakan fizikal dan protokol kesihatan awam dapat dilaksanakan di tempat kerja.
"Sebarang majlis sosial dan program-program rasmi kerajaan tidak boleh diadakan sepanjang PKP di Tawau dan Keningau, selain pergerakan dalam tempoh PKP juga terhad kepada dua orang sahaja di dalam sebuah kenderaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Masidi berkata semua operasi perkhidmatan dan operasi pentadbiran pejabat kerajaan negeri di Tawau dan Keningau adalah dengan kapasiti kehadiran 30 peratus di pejabat dan 70 peratus bekerja dari rumah kecuali bagi perkhidmatan perlu.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 hari ini iaitu 112 kes berbanding 65 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 55,234 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tawau
#Keningau
#SOP
#polis
#perintah kawalan pergerakan
#Masidi Manjun
#COVID-19
#PKP
#Bekerja Dari Rumah
#kes positif
#pejabat kerajaan
#Kapasiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan