awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji

Bernama
Bernama
13/03/2025
21:45 MYT
Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Hajiji bergambar bersama pelajar IPG Kampus Gaya pada penyampaian sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) di IPG Kampus Gaya pada Khamis. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah di dalam dan luar negara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan dan diteruskan pada tahun ini ialah Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi sekali bayar (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Insan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI).
Selain itu, Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Insan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) dan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRSSUBFLY) turut dilaksanakan.
"Untuk inisiatif BUDI sahaja kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta dengan sasaran 10,000 pelajar manakala BAKTI sebanyak RM8 juta dengan sasaran 40,000 pelajar tahun ini," katanya ketika melancarkan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, di sini, pada Khamis.
Hajiji berkata, kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Sumbangan Kegiatan Sekolah sekali bayar (SUKSES) kepada semua sekolah di seluruh Sabah.
Bantuan sebanyak RM 3,000 juga diberikan kepada setiap sekolah bagi menjalankan aktiviti atau pembelian keperluan sekolah.
Selain itu, kerajaan negeri turun menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM51 juta kepada RM128 juta pada tahun ini.
Hajiji berkata, beliau telah mengumumkan bantuan subsidi GRS-SUBFLY kepada semua pelajar IPT awam dan swasta yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, sumbangan sebanyak RM600 seorang membabitkan perbelanjaan keseluruhan melebihi RM10 juta.
"Mereka akan mendapat bantuan menerusi SENTOSA, bantuan sekali bayar sebanyak RM300 seorang kepada pelajar yang menuntut di IPT di Sabah, melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta dengan anggaran seramai 20,000 pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi
#pendidikan
#peperiksaan
#BKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan