KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah (TTS) bersedia untuk membuka semula aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu secara berperingkat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat mulai 7 Dis ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata sebagai permulaan, kapasiti pendaki yang dibenarkan adalah tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah ditetapkan pada satu-satu masa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Kerajaan negeri melalui TTS sedang bersiap sedia untuk membuka semula pintu taman kendalian agensi itu secara berperingkat kepada pelawat tempatan dengan pelaksanaan SOP ketat mulai 7 Dis ini termasuk aktiviti pendakian Gunung Kinabalu.
"TTS sedang dalam peringkat untuk menentukan SOP yang akan diguna pakai apabila aktiviti pendakian dibenarkan secara rasmi," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, pada Rabu.
Mengenai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Masidi berkata kerajaan negeri sedang meneliti pelbagai aspek termasuk faktor ekonomi dan situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di Sabah sama ada meneruskan atau tidak PKPB itu yang dijadual berakhir 6 Dis ini.
"Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan membuat penilaian dan analisis mengenai situasi semasa COVID-19 di Sabah dan memberi nasihat berhubung perkara tersebut kepada kerajaan negeri.
"Keputusan sama ada melanjutkan, menamatkan PKPB atau melaksanakan sebarang bentuk langkah kawalan yang lain akan mengambil kira kepentingan semua sektor tertakluk kepada nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Sementara itu, Masidi turut memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Tawau, Penjara Sandakan, Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan, Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon di Kota Belud ditamatkan mulai esok.
Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, mesyuarat khas semalam bersetuju menamatkan PKPD di kawasan terbabit seperti mana dijadualkan, katanya.
Mengenai pengagihan bakul makanan, Masidi berkata kerajaan Sabah sehingga kini telah mengagihkan sebanyak 264,031 bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya dalam kenyataan berasingan berkata sebanyak 3,151 bakul makanan diagihkan Rabu melibatkan 19 daerah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Kapasiti pendaki yang dibenarkan adalah tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah ditetapkan pada satu-satu masa sebelum PKP dilaksanakan. -Bernama

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

PKP di Bahagian Sibu dan PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan 14 hari
JPBN Sarawak melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu selama 14 hari.

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua.

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan.

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS | Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PERMAI | RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Sebanyak RM150 juta lagi peruntukan tambahan disalurkan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Cerita Sebalik Berita: Cabaran kelangsungan PdPR guru pendidikan khas
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

'Jangan dengar khabar angin, saya tidak mahu terbabit' - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu terlibat dalam isu mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti.

PdPR: Kerajaan Sabah pertimbang beri gajet kepada murid kurang mampu
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk memberi peranti elektronik atau gajet kepada murid dari keluarga kurang berkemampuan di negeri itu.

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat
Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 41,076 kes.

Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar
Isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Rizab sungai: Garis panduan semata-mata tidak cukup
Garis panduan sedia ada bagi penguatkuasaan sungai yang dirizabkan tidak cukup tegas bagi mengekang pencemaran sungai.

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.