awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah tiada perancangan tukar KM kepada Premier

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
01/03/2022
11:18 MYT
Sabah tiada perancangan tukar KM kepada Premier
KOTA KINABALU: Sabah tiada perancangan untuk mengikut jejak Sarawak dalam menukar istilah gelaran Ketua Menteri kepada 'Premier'.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan gelaran jawatan sedia ada adalah memadai untuk diguna pakai dalam urusan pentadbiran.
“Sabah belum ada cadangan untuk itu, saya ingat, panggilan Ketua Menteri pun setakat ini cukup baik,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman I-Suri (BAIDURI), pada Selasa.
Pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak mengenai istilah gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier berkuat kuasa hari ini.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dalam satu kenyataan, berkuat kuasa hari ini, Ketua Menteri Sarawak perlu menggunakan istilah Premier Sarawak.
Sementara itu, ketika diminta mengulas berkaitan permintaan sebuah persatuan yang mewakili penduduk Sabah berketurunan Cina dan Kadazan Dusun Murut (KDM) agar penggantungan pengeluaran sijil anak negeri ditarik balik, Hajiji berkata ia akan dikaji semula.
“Perkara ini nanti kita akan minta KKTP iaitu Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah untuk mengkaji perkara ini seperti yang dipohon oleh mereka.
“Mudah-mudahan ada satu penyelesaian supaya mereka yang layak betul-betul mendapat keistimewaan ataupun dipanggil ‘Sino-Native’.
"Jadi ini perlu dikaji dan diperhalusi oleh jabatan yang berkenaan dibawah KKTP,” katanya lagi.
Terdahulu, Hajiji berkata seramai 42,097 wanita mendapat manfaat bagi inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-SURI (BAIDURI) yang membabitkan peruntukan sejumlah RM2,525,820.00.
Menurutnya, BAIDURI yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Belanjawan 2022 adalah bukti keperihatinan kerajaan dalam membantu golongan wanita di negeri ini.
Topic Berkaitan
#Gelaran ketua menteri
#Gelaran Premier
#Sabah kekal Ketua Menteri
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan