awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabung ayam: Tujuh lelaki ditahan di Miri

Bernama
Bernama
23/04/2017
05:18 MYT
Sabung ayam: Tujuh lelaki ditahan di Miri
Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan sabung ayam di kawasan lapang di Kampung Pelapi, Bekenu. - Gambar hiasan
Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan sabung ayam di kawasan lapang di Kampung Pelapi, Bekenu, petang semalam.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, tujuh suspek tersebut berumur antara 33 dan 64 tahun ditahan pada pukul 3.50 petang dalam Operasi Dadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri.
"Warga Indonesia yang berusia 35 tahun ditahan kerana disyaki pendatang asing tanpa izin dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khoo berkata enam lagi suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.
Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan sekeping papan mengandungi angka pertaruhan,satu unit pembesar suara, dua ayam sabung yang masih hidup dan dua ayam sabung yang telah mati turut dirampas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Miri
#sabung ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan