BUKIT PALAH: Tempoh pembukaan akaun Tabung Haji (TH) bagi jemaah yang kerugian sepanjang penangguhan sementara ibadah umrah yang sepatutnya berakhir Jumaat ini, dilanjutkan sehingga Mac depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan hampir 1,000 jemaah umrah yang masih belum membuka akaun Tabung Haji, untuk berbuat demikian.
“Kita harapkan mereka terutamanya dapat buka (akaun) segera dan saya telah mengarahkan kepada pihak Tabung Haji supaya memberitahu semua pejabat cawangan Tabung Haji supaya mereka ini kalau ada dalam kalangan mereka yang hendak buka akaun sebab hendak masuk sumbangan, kena disegerakan, permudahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri di Masjid Al Azim, Bukit Palah, Melaka hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Beliau terdahulu mengulas hampir 1,000 jemaah umrah yang dikesan masih belum membuka akaun Tabung Haji hingga menyebabkan kerajaan sukar menyalurkan pembayaran saguhati.
Mengulas lanjut ujarnya, jemaah terbabit hanya perlu membawa kad pengenalan untuk membuka akaun Tabung Haji bagi tujuan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, tambahnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM) sedang di peringkat akhir perbincangan untuk menyerap lebih 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap.
Langkah itu ujarnya, tidak dapat disegerakan ekoran beberapa syarat yang masih belum dapat dipenuhi.
Bagaimanapun jelasnya perkara itu akan dapat diselesaikan dalam kadar segera.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Feb 15 2022
Kata Idris, hampir 1,000 jemaah umrah yang dikesan masih belum membuka akaun Tabung Haji hingga menyebabkan kerajaan sukar menyalurkan pembayaran saguhati. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.
Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun
Angka yang menjadi sasaran Amal ialah 40,000 jemaah umrah berbanding 20,000 penumpang setiap bulan ketika ini.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Kisah aplikasi NUSUK dan cerita keajaiban rezeki masuki Raudhah
Peluang memasuki Raudhah adalah dambaan umat Islam dari seluruh dunia dan Editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah tidak terkecuali.
Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah
Mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama.
Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah
MOTAC menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.
Lapan jemaah Pakistan maut dalam kebakaran hotel di Mekah
Menurut laporan media Pakistan pada Sabtu, mangsa berasal dari wilayah Punjab.
Jemaah umrah terkandas di Mekah, tak mampu bayar bil rawatan
Kamis Ahmad dimasukkan ke hospital pada 13 Mac lalu dan terpaksa ditidurkan selama lapan hari.
Kesemua 63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi telah dibawa pulang
Kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.