awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Musa Aman ditahan 10 pagi tadi, permohonan reman ditolak

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
23/08/2018
11:30 MYT
Sah! Musa Aman ditahan 10 pagi tadi, permohonan reman ditolak
Katanya, tangkapan yang dibuat di Kuala Lumpur itu adalah bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lepas. - Gambar fail
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah,Tan Sri Musa Aman telah ditangkap kira-kira jam 10 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lepas.
"Pihak polis memohon reman terhadapnya tetapi tidak diluluskan oleh majistret. Beliau (Tan Sri Musa Aman) telah ditangkap pada pukul 10 pagi tadi," katanya dihubungi Astro AWANI menerusi aplikasi Whatsapp di sini, hari ini.
Dalam kenyataan Ramli kelmarin, pihak polis akan mengambil keterangan terhadap bekas Ketua Menteri itu selepas beliau pulih dari masalah kesihatan yang dialaminya bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Juhar yang dipercayai berkaitan dengan ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 10 Mei lepas.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan Musa yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu.
Ahli DUN Sungai Sibuga telah tiba di ibu negara pada malam Selasa sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya sejurus selepas beliau tuba.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Menteri Sabah
#Musa Aman
#Ramli Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan