BATU KAWAN: Meskipun berdepan sindiran sesetengah pihak, namun ia sedikitkan tidak melunturkan semangat Sahul Hamid Abdullah untuk menghiasi motosikalnya dengan bendera mini Jalur Gemilang setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan.
Sahul Hamid, 53, berkata sindiran nakal yang diterimanya hanya disifatkannya sebagai ketidakfahaman sesetengah anggota masyarakat terhadap maksud sebenar kemerdekaan itu sendiri.
"Ada kalanya orang ingat saya ni gila sebab tengok hiasan bendera Malaysia memenuhi segenap penjuru motosikal. Tapi, saya tidak ambil hati pun, mungkin mereka tak faham apa yang saya rasa mengenai sambutan Hari Kebangsaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.
Beliau yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Bakap berkata keghairahannya menghiasi motosikal dengan bendera setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan lama-kelamaan telah menarik minat penduduk setempat untuk turut serta menghiasi kenderaan masing-masing antaranya basikal bagi peminat-peminat ciliknya.
"Apa yang membuatkan saya lebih teruja ialah tahun ini adalah merupakan tahun pertama saya terlibat dalam menghiasi bendera Jalur Gemilang pada basikal anak-anak jiran tetangga setelah enam tahun memberi fokus kepada hiasan motosikal sendiri.
"Inilah yang kita mahu sebab melalui kempen sekecil ini mampu menarik minat generasi muda untuk menyemai semangat kemerdekaan dan cintakan negara, selain turut mengajak mereka untuk mempelajari dan menghayati sejarah Malaysia dengan lebih mendalam," katanya yang tinggal bersendirian kerana masih bujang.
Kata anak keempat daripada dua belas beradik itu, kira-kira 300 hingga 450 unit Jalur Gemilang menghiasi motosikalnya di setiap penjuru dan sudah pun mendapat keizinan daripada pihak berkuasa untuk dibawa ke jalan raya.
"Bagi memastikan bendera yang dipasang betul-betul utuh, saya menggunakan pengikat kabel yang berkualiti selain turut menggunakan material besi ringan yang berperanan sebagai tempat untuk mengikat bendera selain turut mengambil kira dari segi kestabilan motosikal itu sendiri ketika menunggangnya.
"Selain itu, saya turut akan memastikan motosikal yang saya naiki ini tidak akan mengganggu keselamatan pengguna jalan raya lain dan mengutamakan keselamatan diri ketika di jalan raya," katanya yang sudah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan selama lebih 20 tahun.
Sahul Hamid menambah, perkara manis yang biasanya dilaluinya ialah apabila mendapat jemputan dari pihak sekolah dan pihak berkuasa sekitar negeri Pulau Pinang untuk terlibat dalam perarakan kemerdekaan.
"Setiap kali menjelangnya malam merdeka, saya juga akan mengelilingi bahagian pulau dengan menaiki motosikal yang dipenuhi bendera untuk menyemarakkan lagi sambutan hari yang penuh bermakna ini," katanya yang turut berharap agar semakin ramai generasi muda akan mengikut jejak langkahnya dalam menyemai rasa kecintaan terhadap negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Sahul melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" ketika bergambar bersama kira-kira 300 hingga 450 bendera mini Jalur Gemilang yang menghiasi motosikalnya. - Foto BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.