awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sakit perut bongkar abang rogol adik hingga mengandung

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2022
23:15 MYT
Sakit perut bongkar abang rogol adik hingga mengandung
Seorang abang ditahan polis pada petang Khamis selepas dipercayai merogol adik kandungnya sehingga mengandung enam bulan. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang abang berusia 21 tahun ditahan polis pada petang Khamis selepas dipercayai merogol adik kandungnya sehingga mengandung enam bulan.
Suspek yang bekerja sebagai petani diberkas polis di rumahnya di Kadok, di sini, pada jam 2.50 petang.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas pihak Hospital Kajang, Selangor membuat laporan selepas mangsa mendapatkan rawatan akibat sakit perut, pada petang Khamis.
"Hasil pemeriksaan mendapati, remaja berusia 13 tahun itu disahkan mengandung selama 26 minggu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, bertindak atas laporan, polis telah menahan suspek di rumahnya.
Beliau berkata, pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah.
"Siasatan awal mendapati, mereka melakukan hubungan seks bersama beberapa kali.
"Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sehingga mangsa disahkan mengandung," katanya.
Menurut Muhammad Zaki, suspek direman selama seminggu bermula Jumaat dan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol adik
#mengandung enam bulan
#Kadok
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan