KUALA LUMPUR: Bekas pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak tahu mengenai jumlah wang yang didakwa diberikan kepada Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.
Ibrahim Sahari, 58, juga tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada bekas Ketua Menteri negeri itu.
Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata demikian ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim pada perbicaraan kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Gobind: Kamu tidak sekali-kali nampak wang itu dibayar kepada siapa?
Ibrahim: Setuju
Ketika membacakan pernyataan saksinya, Ibrahim berkata pada Januari 2018, rakan sejawatannya iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, telah membuat pengakuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kepadanya bahawa beliau (Zarul Ahmad) telah membuat pembayaran kepada Lim selepas dibebaskan dari tahanan SPRM.
"Bagaimanapun, Zarul Ahmad tidak memberitahu kepada saya berkenaan jumlah dan cara wang itu diberikan kepada Lim," katanya sambil menambah beliau pernah berjumpa Lim ketika mesyuarat rasmi antara syarikat itu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Dalam prosiding sebelum ini, Zarul Ahmad memberitahu mahkamah bahawa Lim meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) dalam projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Ibrahim juga mengaku bahawa beliau menyediakan invois, baucer dan akaun syarikat palsu seperti yang diarahkan Zarul Ahmad.
Gobind: Zarul Ahmad mengarahkan anda melakukan kesalahan?
Ibrahim: Hanya untuk transaksi (berkaitan pemalsuan dokumen).
Gobind: Anda seorang 'penyangak'.
Ibrahim: Tidak, saya hanya ikut arahan...saya hanya bertindak sedemikian untuk kepentingan syarikat.
Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
Lim, yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 25 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Saksi, Ibrahim Sahari, 58, memberitahu mahkamah dia tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada Lim Guan Eng (gambar). - Gambar fail

Ekonomi | Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2022 meningkat 50.35 peratus
Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Tahun 2022 setakat 15 Ogos mencatat peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4 peratus pada 15 April lalu.

Mahkamah | Tun Mahathir saman Ahmad Zahid isu 'kutty'
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan bekas perdana menteri itu.

Rayuan SRC | Hisyam ada tiga hari buat hujahan Najib - Tengku Maimun
Untuk kesekian kalinya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat enggan melayani permintaan ketua pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk penangguhan rayuan utama bekas Perdana Menteri itu. Sejurus selepas ketua pendakwaan Datuk V Sithambaram selesai dengan hujahan lisannya, Hisyam sekali lagi bangkit memohon penangguhan sehingga ke Khamis hadapan.

Pengguguran acara di Sukma jejas usaha lahirkan atlet pelapis - Shahidan
Keputusan menggugurkan beberapa acara sukan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur, bulan depan, bakal memberikan kesan terhadap usaha melahirkan atlet pelapis negara.

Jenayah | Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan disiasat dengan segera.

Ringgit terus susut apabila dolar AS melonjak di seluruh pasaran
Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.4760/4795 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4720/4750 pada Khamis.
![AWANI Borneo [19/08/2022] - Perluasan jalur lebar | PRU15 | Boleh sambung belajar AWANI Borneo [19/08/2022] - Perluasan jalur lebar | PRU15 | Boleh sambung belajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983368/thumbnails/19650021631660909461423_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [19/08/2022] - Perluasan jalur lebar | PRU15 | Boleh sambung belajar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar #AWANIBorneo 19 Ogos 2022 : - Sabah akan memastikan pelan Jendela dilaksanakan sepenuhnya tahun ini. - GRS Tawau bersedia jika terpaksa bertembung dengan UMNO pada PRU15. - Dua remaja Sarawak dapat MyKad.

Penipuan kerja di luar negara, 168 rakyat Malaysia terkandas
Sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan.

Transformasi | Konvensyen KIK jana idea-idea baharu penjawat awam
Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) peringkat kementerian diyakini mampu memupuk serta membudayakan penjanaan idea-idea baharu dalam kalangan penjawat awam khasnya di Sarawak. Penganjuran ini akan menjadi platform kepada kumpulan KIK daripada setiap jabatan dan agensi melonjakkan prestasi, kecekapan serta keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan.

JENDELA Sabah | Pelan diharap dilaksanakan sepenuhnya hujung tahun
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah kini mencapai tahap 70 peratus. Sambil optimis, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, pelan itu diharap dapat dilaksanakan sepenuhnya penghujung tahun ini.