awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah faham punca penyaluran air di UMS tidak stabil

Bernama
Bernama
05/06/2025
13:18 MYT
Salah faham punca penyaluran air di UMS tidak stabil
Shahelmey berkata isu tersebut sedang ditangani dengan langkah menggantikan indikator sedia ada kepada indikator digital. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Salah faham antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berkaitan penggunaan indikator sedia ada di tangki R13 dikenal pasti sebagai punca gangguan dan ketidakstabilan bekalan air di kampus berkenaan sebelum ini.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya negeri Datuk Shahelmey Yahya berkata isu tersebut sedang ditangani dengan langkah menggantikan indikator sedia ada kepada indikator digital, yang telah ditempah dan dijangka dipasang dalam tempoh seminggu.
"Beberapa siri perbincangan antara JANS dan UMS yang diselaraskan oleh Kementerian Kerja Raya Sabah serta lawatan tapak ke UMS sudah diadakan. Kesimpulan yang dicapai menunjukkan berlaku salah faham hingga menjejaskan penyaluran bekalan air.
"Namun, isu itu kini dalam proses penyelesaian dan berdasarkan pemantauan sejak pertengahan Mei lalu, bekalan air di UMS berada dalam keadaan stabil," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, JANS dan UMS juga diminta memperkukuh kerjasama bagi menangani kekangan lain termasuk kecurian air, kerja pemasangan paip yang belum selesai serta faktor teknikal lain.
Shahelmey berkata menerusi perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dari sudut teknikal dan komunikasi bagi memastikan aliran air ke tangki R13 mencukupi serta pengoperasian pam berjalan lancar.
"UMS juga perlu memastikan agihan dalaman air kampus teratur. JANS bersedia memberi khidmat nasihat dan kerjasama dalam aspek pengendalian agihan dalaman jika diperlukan," katanya.
Mengulas perkembangan lain, Shahelmey berkata pemasangan paip projek Telibong II Fasa II kini sedang dilaksanakan dan dijangka siap awal bulan depan yang bakal meningkatkan agihan air di kawasan Sepanggar dan Kota Kinabalu Utara.
"Apabila siap, ia dijangka dapat meningkatkan agihan air di kawasan terjejas dan mengurangkan masalah gangguan bekalan," katanya.
Sementara itu, projek Skim Bekalan Air Segera (UWSS) di Loji Rawatan Air (LRA) Kasigui, Penampang yang sepatutnya siap pada April lalu mengalami kelewatan berikutan beberapa kekangan termasuk cuaca tidak menentu.
"Saya difahamkan projek itu dijangka siap sepenuhnya awal Julai ini dan akan memberi manfaat kepada pengguna di Penampang, Putatan, Kota Kinabalu serta kawasan sekitarnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMS
#Jabatan Air Negeri Sabah
#JANS
#gangguan bekalan air
#kampus ums
#Shahelmey Yahya
#indikator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan