awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat

Bernama
Bernama
12/07/2024
06:00 MYT
Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Amir dituduh melakukan kesalahan itu di Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd, Lot 125, Bangunan Anchor, Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub Serkam, Jasin pada 1 April 2021. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas Amir Ali, 58, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan pilihan iaitu bagi pihak dirinya sendiri, telah membuat urusan berhubung suatu harta iaitu bayaran gaji keseluruhan berjumlah RM13,750 yang diterima anak perempuannya yang dilantik ke jawatan Pegawai Kewangan W41 di Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd, Lot 125, Bangunan Anchor, Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub Serkam, Jasin pada 1 April 2021.
Amir didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26 akta sama serta boleh dihukum di bawah akta berkenaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
Peguam tertuduh Azrul Zulkifli Stork memohon agar mahkamah mengenakan denda minimum memandangkan tertuduh menanggung ahli keluarga yang ramai, namun Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali memohon agar hukuman setimpal diberikan agar ia menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Mahkamah turut memerintahkan Amir menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas CEO
#GLC
#nepotisme
#lantik anak sendiri
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan