awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa, dua pegawai imigresen didakwa terima suapan RM15,500

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/06/2021
09:12 MYT
Salah guna kuasa, dua pegawai imigresen didakwa terima suapan RM15,500
Dua pegawai imigresen yang sebelum ini ditahan menerusi Op Selat didakwa atas pertuduhan rasuah RM15,500 bagi melepaskan kemasukan warga asing warga asing daripada tindakan Jabatan Imigresen. - Foto SPRM
SEREMBAN: Dua pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menerima suapan RM15,500 bagi tujuan melepaskan warga asing daripada sebarang tindakan oleh Jabatan Imigresen.
Tertuduh Mohamad Izhmi Mohamad Nor, 35 tahun dan Muhammad Ali Mohammed Redzwa, 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Izhmi didakwa menerima wang berjumlah RM10,000 daripada Mohamad Jeffry Mohd Zin sebagai orang tengah yang mana dia mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh di Kedai Burger Aboi, Kampung Jijan di Nilai pada Oktober 2020.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun serta denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 kerana gagal melaporkan rasuah berkenaan kepada pihak SPRM.
Sementara itu, Muhammad Ali berdepan empat pertuduhan menerima wang sejumlah RM5,500 menerusi empat transaksi yang dilakukan secara berasingan.
Kesalahan itu dibuat antara 30 Disember 2017 hingga 1 Disember 2019.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan selain ia turut melanggar Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) Akta sama.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap Mohamad Izhmi mankala RM20,000 jaminan terhadap Muhammad Ali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 Ogos sebagai sebutan semula kes.
Sebelum ini, kedua-dua tertuduh masing-masing merupakan Pegawai Imigresen Gred KP19 di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditahan menerusi Op Selat akibat salah guna kuasa.
Topic Berkaitan
#SPRM
#KLIA2
#Rasuah
#Imigresen
#warga asing
#Mahkamah Sesyen
#Mohamad Izhmi Mohamad Nor
#Muhammad Ali Mohammed Redzwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan