awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa: Pengurus besar koperasi direman

Bernama
Bernama
11/01/2023
04:10 MYT
Salah guna kuasa: Pengurus besar koperasi direman
Lelaki terbabit ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lagi kakitangan sebuah koperasi di Pahang direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dalam skim pelaburan saham berjumlah kira-kira RM720,000.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatinah Abu Bakar terhadap lelaki berusia 44 tahun yang juga pengurus besar koperasi berkenaan.
Lelaki terbabit ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Sebelum ini, dua kakitangan koperasi sama iaitu pengurus kewangan wanita berusia 40 tahun dan eksekutif kanan kewangan lelaki berumur 49 tahun direman enam hari bermula semalam.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah diri atau saudara-mara.
Mereka dipercayai menyalah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang dikendalikan koperasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#salah guna kuasa
#pengurus besar
#koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan