awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa: RUU Ombudsman Malaysia di peringkat akhir

Bernama
Bernama
08/05/2023
07:37 MYT
Salah guna kuasa: RUU Ombudsman Malaysia di peringkat akhir
Azalina berkata Ombudsman Malaysia berpandukan kepada model serta undang-undang Ombudsman negara lain seperti United Kingdom dan New Zealand. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam sidang media selepas Mesyuarat Sesi Libat Urus Penubuhan Ombudsman Malaysia di sini hari ini, Azalina berkata Ombudsman Malaysia berpandukan kepada model serta undang-undang Ombudsman negara lain seperti United Kingdom dan New Zealand.
"RUU ini akan memperuntukkan fungsi dan kuasa Ombudsman Malaysia dengan jelas yang merangkumi pengurusan aduan salah tadbiran di agensi Kerajaan Persekutuan," katanya RUU itu akan dipertimbangkan dan diluluskan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Pada 17 Jan lepas, Azalina dilapor berkata kerajaan menimbangkan cadangan bagi penubuhan Ombudsman Malaysia, iaitu sebuah badan bebas bagi menangani aduan orang ramai mengenai agensi-agensi kerajaan selari dengan agenda Kerajaan Perpaduan yang mementingkan ketelusan dan integriti.
Ombudsman adalah pegawai yang dilantik untuk menerima dan menyiasat aduan berkaitan salah guna kuasa oleh eksekutif serta pentadbirannya dan sistem berkenaan diwujudkan bagi mencapai keadilan dalam pentadbiran.
Azalina berkata lantikan pegawai Ombudsman adalah bukan daripada kalangan penjawat awam bagi tempoh enam tahun sahaja.
"Tiada pelanjutan. Kita nak ada lantikan ambilan terus bukan pinjaman," katanya.
Beliau antara perkara dasar yang telah dibincangkan adalah mengenai keperluan Ombudsman Malaysia menghasilkan laporan tahunan untuk dibentang dan dibahaskan di Parlimen, selain elemen siasatan dan penguatkuasaan terhadap aduan salah tadbiran sistem penyampaian perkhidmatan awam dan jenis aduan.
Beliau berkata ketika ini Biro Pengaduan Awam menerima 20,000 aduan dengan 85 peratus daripadanya merupakan aduan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ini menunjukkan orang awam tidak puas hati dengan PBT khususnya kaunter perkhidmatan. Bila ada Ombudsman Malaysia, kita mahu aduan diselesaikan segera, dan saya cadangkan agar ada tempoh masa untuk selesaikan setiap aduan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Ombudsman Malaysia
#apa itu Ombudsman
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan