BACHOK: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah menyalurkan Dana Duta Besar Amerika Syarikat Untuk Pelestarian Budaya (AFCP) berjumlah AS$250,000 (RM1.1 juta) kepada Malaysia sejak 2001 hingga tahun lepas.
Duta Besar AS ke Malaysia Brian McFeeters berkata dana tersebut bertujuan membantu penyelidikan dan pemuliharaan warisan budaya di negara ini.
"Usaha dilakukan sejak 2001 termasuk Pemuliharaan Rebana Kercing di Kelantan dan memulihara budaya seperti wayang kulit dan tarian menora.
"Pihak kedutaan mengambil perhatian terhadap langkah memartabatkan warisan dan budaya supaya terus kekal dikenali dalam kalangan masyarakat sekali gus merapatkan hubungan setempat juga meliputi seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini pada Rabu yang turut dihadiri Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Razli Che Razak.
Mengulas mengenai rebana kercing, McFeeters berkata beliau mengagumi bakat lebih 100 murid berusia 10 tahun ke atas daripada beberapa sekolah di Kelantan yang mampu menguasai persembahan seni budaya tersebut.
"Mereka mempraktiskan elemen warisan dan budaya dan usaha ini merupakan antara hasil yang dimahukan dalam langkah melakukan pemuliharaan," katanya.
Sementara itu, Razli berkata projek penyelidikan rebana kercing membabitkan dana berjumlah RM200,000 telah melibatkan seramai 27 penyelidik dan kakitangan UMK.
"Penyelidikan ini bertujuan memelihara seni persembahan rebana kercing yang dipercayai mula bertapak sejak 150 tahun lepas di Kampung Laut, Tumpat.
"Projek penyelidikan itu menghasilkan pelbagai pencapaian dan kejayaan antaranya mendokumentasikan dua buku hasil penyelidikan dan pemuliharaan seni persembahan rebana kercing," katanya.
Menurut Razli buku yang akan diterbitkan itu bertajuk 'Rebana Kercing Kampung Laut: Preservation of the Art' setebal 108 muka surat dan sebuah buku mewah bertajuk 'The Preservation of Rebana Kercing: The Journey' mengandungi 90 muka surat.
Beliau berkata kandungan buku itu dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UMK daripada pelbagai bidang pengkhususan termasuk berkaitan situasi semasa, sejarah, Persatuan Rebana Kercing, instrumen, tarian dan kostum.
"Kandungan buku mewah menampilkan visual usaha pemuliharaan merangkumi temu bual, kerja lapangan dan proses digitalisasi latihan serta persembahan kebudayaan Rebana Kercing melalui projek AFCP.
"Penyelidikan juga turut menghasilkan dokumentari pendek bertajuk 'Rebana Kercing: The Dying Arts' sebanyak 13 episod yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Brian D. Mcfeeters (dua, kanan) bersama Prof Dr Razli Che Razak (kiri) menyaksikan Harun Hassan (dua, kiri) memalu Rebana Kercing. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria