KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, memerintahkan saman pemula (OS) oleh Tan Sri Tommy Thomas terhadap Pasukan Petugas Khas (STF) dan Kerajaan Malaysia dipindahkan dan diputuskan ke mahkamah lain, menerusi perbicaraan saman sivil.
Hakim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian ketika prosiding keputusan permohonan STF dan kerajaan bagi membatalkan OS oleh bekas Peguan Negara itu.
Saman terbabit ialah membabitkan laporan siasatan kandungan memoir bekas Peguam Negara itu, bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness' yang mana, Tommy memohon perisytiharan bahawa dokumen laporan berkenaan tidak sah serta bertentangan undang-undang.
Ketika prosiding, Wan Ahmad Farid berkata, mahkamah belum bersedia untuk membuat dapatan berhubung permohonan saman berkenaan.
“Saya mengarahkan, OS ini ditukar kepada saman sivil untuk didengar dan diputuskan dalam perbicaraan penuh.
“Saya akan mendapatkan arahan daripada hakim pengurusan ke mahkamah lain, yang mana OS ini akan dipindahkan kerana ia akan didengar oleh bahagian sivil,” katanya, ketika prosiding yang dibuat secara dalam talian.
Susulan itu beliau berkata, mahkamah tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai keperlembagaan atau kesahihan STF kerana ia perlu dibincangkan di mahkamah sivil.
Pada 27 Oktober tahun lalu, Tommy memfailkan OS dengan memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk 'Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice In The Wilderness' adalah dokumen tidak sah dan bertentangan undang-undang.
Beliau yang berkhidmat selaku Peguam Negara antara Jun 2018 dan Februari 2020, menamakan pengerusi dan ahli STF serta Kerajaan Malaysia selaku defendan.
Mereka adalah Pengerusi, Datuk Seri JC Fong dan ahlinya, Datuk Seri Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamarruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi, dan Najib Suri.
Tommy turut memohon perisytiharan bahawa STF adalah badan tidak sah dan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan fungsi yang diberikan oleh kerajaan.
Selain itu, turut dipohon ialah perisytiharan bahawa penerbitan laporan itu oleh Kerajaan, telah melanggar haknya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) (kebebasan asasi ) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.
Laporan STF yang dinyahklasifikasikan kerajaan pada 13 Oktober tahun lalu, antara lain mengesyorkan supaya bekas Peguam Negara itu disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan telah dilakukannya.
Ia adalah antara tiga syor pasukan berkenaan dalam laporan siasatannya yang kini boleh diakses secara terbuka melalui laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pasukan khas itu juga mencadangkan empat langkah yang perlu diambil kerajaan bagi menangkis persepsi umum terhadap campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman atau kekurangan kebebasan kehakiman.
Langkah itu termasuk pindaan ke atas Seksyen 5(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi membolehkan pelantikan empat individu yang dihormati dalam JAC, dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara.
Begitu juga, Jabatan Peguam Negara perlu dipisahkan daripada Pendakwa Raya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
27 Oktober tahun lalu, Tommy memfailkan OS dengan memohon perisytiharan bahawa laporan Pasukan Petugas Khas terbabit adalah dokumen tidak sah dan bertentangan undang-undang. - Foto Bernama
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
SPRM kesan penyelewengan subsidi, pengilang campur beras tempatan, import
SPRM mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.
Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
SPRM bongkar penipuan pembekalan beras bernilai RM100 juta
SPRM membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan di Kedah yang dipercayai menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras di negara ini.