awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak

Bernama
Bernama
07/01/2026
07:45 MYT
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan Halim (foto) gagal memenuhi syarat asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad gagal memperoleh kebenaran bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk menghidupkan semula saman terhadap kerajaan dan dua bekas menteri.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Halim Saad gagal merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk menghidupkan semula saman terhadap kerajaan dan dua bekas menteri, berkenaan pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM) oleh kerajaan pada 2001.
  • Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan Halim gagal memenuhi syarat asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 disebabkan persoalan yang dikemukakan tidak menimbulkan isu baharu yang wajar dibicarakan oleh Mahkamah Persekutuan.
  • Mahkamah Persekutuan mengarahkan Halim membayar kos perundangan sebanyak RM60,000 kepada pihak responden selepas saman beliau terhadap kerajaan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ditolak.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Saman itu berkaitan kerugian yang didakwa dialaminya susulan pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM) oleh kerajaan pada 2001.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Hashim Hamzah memutuskan bahawa Halim gagal memenuhi syarat asas yang ditetapkan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Hashim berkata empat persoalan yang dikemukakan oleh ahli perniagaan itu tidak menimbulkan isu baharu atau membabitkan persoalan kepentingan yang wajar dibicarakan atau diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Panel itu, yang turut terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Azimah Omar, mengarahkan Halim membayar kos perundangan sebanyak RM60,000 kepada pihak responden.
Halim memfailkan saman terhadap kerajaan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta menuntut antara lain pampasan susulan pengambilalihan paksa oleh kerajaan antara Julai dan Oktober 2001 selain deklarasi bahawa beliau adalah pemegang saham Renong.
Dalam penyataan tuntutannya, Halim yang juga bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Renong, mendakwa beliau bercadang untuk membuat tawaran am bagi menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong yang akan membolehkannya memperoleh kawalan dan milikan penuh ke atas UEM melalui Renong.
Bagaimanapun, Halim mendakwa beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan rancangan berkenaan kerana kerajaan mahu mengambil alih semua saham UEM melalui entiti yang ditetapkan, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak lain yang dinamakan oleh Khazanah.
Beliau turut mendakwa diarahkan meninggalkan UEM dan Renong sebagai pemegang saham dan pengarah, termasuk anak syarikat kedua-dua syarikat itu, sekali gus memaksanya menyerahkan kawalan Renong dan UEM kepada kerajaan serta melupuskan saham Renong miliknya pada harga rugi.
Halim mendakwa Khazanah memperoleh semua saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd sekali gus mengambil alih kawalan ke atas UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus pegangan saham dalam Renong.
Pada 9 Mei 2022, Mahkamah Tinggi membatalkan saman ahli perniagaan itu selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir, Nor Mohamed dan kerajaan.
Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos tahun lepas menolak rayuan Halim selepas memutuskan bahawa tindakan itu telah melepasi tempoh yang dibenarkan di bawah Akta Had Masa 1953 dan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
Susulan keputusan itu, Halim telah memfailkan permohonan bagi memperoleh kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan namun ditolak hari ini.
Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, A.Surendra Ananth dan Yvonne Lim mewakili ahli perniagaan itu manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi serta Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman hadir bagi pihak kerajaan, Dr Mahathir dan Nor Mohamed.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menjadi sebab utama kegagalan Tan Sri Halim Saad dalam merayu keputusan Mahkamah Rayuan? A: Halim gagal memperoleh kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan kerana tidak memenuhi syarat asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
  • Q: Apakah tuntutan yang dibuat oleh Halim Saad dalam saman terhadap kerajaan, Tun Dr Mahathir, dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop? A: Halim menuntut pampasan susulan pengambilalihan paksa saham Renong Bhd dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM) oleh kerajaan antara Julai dan Oktober 2001, serta mendakwa beliau adalah pemegang saham Renong.
  • Q: Siapakah yang Halim Saad dakwa mengarahkannya meninggalkan rancangan untuk menswastakan UEM? A: Halim mendakwa dia diarahkan oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Nor Mohamed supaya tidak meneruskan rancangan untuk menswastakan UEM kerana kerajaan ingin mengambil alih saham UEM melalui Khazanah Nasional Berhad atau entiti yang ditetapkan oleh Khazanah.
  • Q: Apakah keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap permohonan Halim Saad untuk merayu? A: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Halim Saad untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan kerana persoalan yang dikemukakan tidak menimbulkan isu baharu atau kepentingan yang wajar dibicarakan oleh Mahkamah Persekutuan.
  • Q: Berapakah jumlah kos perundangan yang perlu dibayar oleh Halim Saad kepada pihak responden? A: Halim diarahkan membayar kos perundangan sebanyak RM60,000 kepada pihak responden setelah kegagalannya dalam merayu keputusan Mahkamah Rayuan.

Topic Berkaitan
#Halim Saad
#Mahkamah Rayuan
#saman terhadap kerajaan
#pengambilalihan saham Renong UEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan