KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri perbicaraan berkaitan saman sivil RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Okt.
Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan bahawa, Najib selaku plantif mempunyai hak untuk mendengar kes sivilnya.
"Jika perbicaraan kes jenayah, perintah untuk mengemukakan mungkin boleh dibuat. Ia (permohonan pembatalan) mungkin bersifat interlokutori. Mahkamah ini setuju dengan permohonan kamu, mahkamah benarkan perintah seperti dipohon," kata Hakim Ahmad menerusi prosiding secara dalam talian hari ini.
Pada 21 Okt, mahkamah dijadualkan untuk menyambung mendengar permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib.
Pada awalnya, Peguambela Najib Yudistra Darma Dorai menyatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan permohonan exparte oleh anak gumannya, yang pada ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang bagi menghadiri perbicaraan mahkamah mengikut Seksyen 30 Akta Penjara.
Seksyen 30 menyatakan bahawa bila masa kehadiran seorang banduan dikehendaki dalam sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil atau jenayah, mahkamah itu boleh mengemukakan suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dialamatkan kepada Pegawai yang Menjaga yang menghendaki pengemukaan banduan itu pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah.
Pada 22 Okt 2021 Najib menfailkan saman mendakwa bahawa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu
Najib, 69, mendakwa bahawa dia telah dituduh secara salah di mahkamah dalam kes 1Malaysia Development Berhad, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Beliau memohon pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan dalam jawatan awam serta ganti rugi RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan bahawa, Najib selaku plantif mempunyai hak untuk mendengar kes sivilnya.- Gambar fail/BERNAMA
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Tiada temu bual terhadap Pengarah SRC atas urus niaga syarikat - Saksi
Penyelesai hutang bagi SRC BVI memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia tidak menemu bual mana-mana pengarah SRC International berkaitan urus niaga syarikat itu.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia selesai saman di luar mahkamah - Peguam
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim sedia mempertimbang kaedah penyelesaian di luar mahkamah dalam saman sivil berjumlah RM30 juta memandangkan kes itu sudah berlarutan selama hampir lima tahun.
Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin
Peguam keluarga mangsa berkata pelakon itu "tidak boleh lepas daripada tanggungjawab" yang menyebabkan kematiannya.
Saman sivil terhadap Tommy Thomas: Mahkamah benarkan Najib hadir
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri perbicaraan berkaitan saman sivil RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Okt.
Mawar Karim hadir pendengaran mahkamah esok - Peguam
Pihak Mawar akan membuat dua permohonan berhubung tuntutan saman oleh plaintif, Nabil Mat Jahya.
Najib dakwa bekas pengurusan SRC sebabkan kerugian berbilion ringgit
Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa berbilion ringgit dana SRC International Sdn Bhd telah diselewengkan melalui pelaburan meragukan yang dibenarkan oleh bekas pengarah dalam pengurusan terdahulu.
Mahkamah tolak permohonan Najib gantung prosiding saman SRC International
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung prosiding saman sivil AS$1.18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadapnya.
Keluarga mangsa tembakan di set penggambaran saman Alec Baldwin
Mereka mendakwa kesemua yang dinamakan itu tidak mempraktikkan amalan standard industri perfileman.