awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang

Bernama
Bernama
13/05/2023
07:42 MYT
Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang
NUTP telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.
"Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.
"Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka NUTP 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi tersebut.
"Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) ini disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan nanti. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.
"Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman terhadap guru
#undang-undang
#aduan babit guru
#NUTP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan