KOTA KINABALU: Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun bagi memperingati penubuhan Malaysia, perlu disambut dengan semangat kesatuan khususnya ketika negara kini berdepan ancaman COVID-19.
Ketua Jabatan Kepimpinan Komuniti dan Berkeperluan Khusus, Institut Aminudin Baki, cawangan Sabah Carl Martin Albert berkata selain menganjurkan acara, kesatuan itu boleh ditunjukan dengan bersama mencegah COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Pelbagai cara kita boleh lakukan untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia selain melakukan aktiviti yang mencerminkan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum. Dalam situasi pandemik COVID-19 masa kini, kita dilarang untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang sering kita lakukan pada tahun-tahun lepas.
“Kita boleh menyemarakkan rasa cintakan negara dengan membantu kerajaan menangani COVID-19 dengan bersama patuh segala arahan atau SOP yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, selain membantu kerajaan menangani situasi COVID-19 yang masih di tahap membimbangkan,” katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Carl Martin berkata sambutan Hari Malaysia membawa satu makna yang besar dan perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan muda di Sabah.
“Kita perlu bersyukur kerana Sabah aman damai dan harmoni dalam Malaysia. Oleh itu kita perlu bersatu padu memastikan negara kita kekal aman dan harmoni, dengan berganding bahu melawan COVID-19 yang telah melemahkan negara khususnya dari segi ekonomi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Pinahawaon Misson Madamin, 58, berkata walaupun sambutan Hari Malaysia tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelum ini, namun banyak cara yang dapat dilakukan untuk menyemarakkan sambutan berkenaan.
“Di peringkat kampung penduduk haruslah sentiasa bersyukur kerana masih dapat hidup dalam suasana aman damai. Kita bukan sahaja boleh mengibarkan Jalur Gemilang, namun apa yang penting kita teruskan kehidupan secara harmoni dan hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.
“Elakkan pergaduhan sesama kita dan jangan jadikan agama atau bangsa sebagai tembok atau penghalang untuk kita saling hormat-menghormati,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Kampung Lapasan Simon Ganjun, 60, berkata Sabah terkenal dengan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Oleh itu sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini marilah kita bersama-bersama untuk terus kekalkan kerharmonian itu...jangan biarkan sedikit salah faham dapat mengganggu gugat keharmonian yang kita kecapi selama ini.
“Saya juga selalu menekankan kepada semua penduduk, khususnya di Kampung Lapasan yang terdiri daripada masyarakat suku kaum Dusun dan Bajau untuk saling hormat-menghormati agar keharmonian kampung terus kekal,” tambahnya.
Kampung Pinahawaon terletak di Inanam di sini, sekitar 10 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu, manakala Kampung Lapasan terletak di Telipok dalam daerah Tuaran, kira-kira 30 kilometer dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Pelbagai cara kita boleh lakukan untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia. - Foto BERNAMA
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.