awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senator AS usul rang undang-undang halang Trump rampas Greenland

Bernama
Bernama
14/01/2026
04:10 MYT
Senator AS usul rang undang-undang halang Trump rampas Greenland
Usaha Presiden Trump untuk memperoleh Greenland telah menimbulkan kebimbangan di Kongres kerana implikasi serius terhadap keselamatan negara. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Dua senator daripada parti berlainan mengemukakan satu rang undang-undang pada Selasa bagi menghalang Amerika Syarikat (AS) daripada menduduki atau merampas wilayah sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), susulan kenyataan berulang Presiden Donald Trump mengenai hasrat memperoleh Greenland atas faktor keselamatan negara, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Senator Demokrat dan Senator Republikan mengemukakan Rang Undang-Undang Perlindungan Perpaduan NATO bagi menghalang AS daripada menduduki wilayah sekutu NATO.
  • Rang undang-undang tersebut melarang penggunaan dana Pentagon atau Jabatan Negara untuk merampas wilayah NATO tanpa persetujuan negara berkenaan.
  • Usaha Presiden Trump untuk memperoleh Greenland telah menimbulkan kebimbangan di Kongres kerana implikasi serius terhadap keselamatan negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perundangan berkenaan, yang dikenali sebagai Akta Perlindungan Perpaduan NATO, diperkenalkan oleh Senator Demokrat Jeanne Shaheen dan Senator Republikan Lisa Murkowski.
Rang undang-undang itu akan melarang penggunaan dana Pentagon atau Jabatan Negara untuk menyekat, menduduki, merampas, menjalankan operasi ketenteraan, atau sebaliknya menegaskan kawalan ke atas wilayah berdaulat anggota NATO tanpa persetujuan negara berkenaan.
"Sebarang cadangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menggunakan kuasanya untuk merampas atau mengawal wilayah sekutu NATO akan secara langsung menjejaskan pakatan yang menjamin keselamatan rakyat Amerika, selain memberi kelebihan kepada musuh kita," kata Shaheen dalam satu kenyataan.
Rang undang-undang ini menghantar mesej jelas bahawa retorik baru-baru ini mengenai Greenland sangat menjejaskan kepentingan keselamatan nasional Amerika sendiri dan menghadapi tentangan dwipartisan di Kongres," katanya.
Murkowski pula berkata "tanggapan bahawa Amerika akan menggunakan sumber yang luas terhadap sekutu sendiri adalah amat membimbangkan dan mesti ditolak sepenuhnya oleh Kongres melalui undang-undang."
Pada Ahad, Trump berkata AS mesti "memperoleh" Greenland bagi menghalang pulau itu diambil alih oleh Rusia atau China. Beliau sebelum ini menyifatkan pemilikan Greenland sebagai satu "keperluan mutlak" untuk keselamatan ekonomi AS, dan mengibaratkannya seperti "perjanjian hartanah yang besar."
Greenland, sebuah wilayah tadbir sendiri di bawah Kerajaan Denmark, telah menarik minat AS disebabkan lokasi strategiknya serta sumber mineral yang luas.
Denmark dan Greenland telah menolak cadangan untuk menjual wilayah itu, serta mengesahkan semula kedaulatan Denmark ke atas pulau berkenaan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Perlindungan Perpaduan NATO yang dikemukakan oleh dua senator berlainan? A: Akta tersebut akan melarang Amerika Syarikat daripada menduduki atau merampas wilayah sekutu NATO tanpa persetujuan negara berkenaan.
  • Q: Mengapa Senator Jeanne Shaheen menekankan kepentingan Akta Perlindungan Perpaduan NATO? A: Senator Shaheen menyatakan bahawa sebarang tindakan merampas wilayah sekutu NATO akan menjejaskan keselamatan rakyat Amerika dan memberi kelebihan kepada musuh.
  • Q: Apakah reaksi Senator Lisa Murkowski terhadap cadangan Amerika Syarikat untuk memperoleh Greenland? A: Senator Murkowski menyatakan bahawa idea Amerika Syarikat menggunakan sumbernya untuk merampas wilayah sekutu adalah amat membimbangkan dan perlu ditolak sepenuhnya.
  • Q: Apakah yang disebutkan Presiden Donald Trump mengenai kepentingan memperoleh Greenland? A: Presiden Trump menyatakan bahawa AS perlu memperoleh Greenland bagi menghalang pulau itu diambil alih oleh Rusia atau China, serta menggambarkannya sebagai "keperluan mutlak" untuk keselamatan ekonomi negara.
  • Q: Mengapa Greenland menarik minat Amerika Syarikat? A: Greenland menarik minat AS disebabkan lokasi strategiknya serta sumber mineral yang melimpah di wilayah tersebut.

Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Greenland
#Senator Demokrat dan Senator Republikan
#Rang Undang-Undang Perlindungan Perpaduan NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan