Umat Islam disaran agar tidak berlebih-lebihan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana.
"Setiap individu seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Perbezaan pekerjaan masing-masing mendorong kepada perbelanjaan menyediakan pakaian, makanan dan minuman kepada tetamu mengikut kemampuan namun jangan sampai melakukan pembaziran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada masa sama, Zulkifli menasihatkan umat Islam supaya memandu secara berhemah di jalan raya terutama ketika pulang ke kampung halaman.
"Pastikan peraturan jalan raya dipatuhi kerana setiap pengguna mempunyai tujuan yang sama agar selamat tiba ke destinasi dituju. Gunakan kebijaksanaan anda, pandulah secara berhemah dan sentiasa ingat bahawa ketika bermusafir kita tetap perlu menjaga solat dan bergantung hanya kepada Allah," katanya.
Beliau berkata pelbagai kemudahan seperti surau disediakan di kawasan rehat dan rawat bagi memudahkan umat Islam beribadat walau di mana mereka berada.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019
ZULKIFLI: Perbezaan pekerjaan masing-masing mendorong kepada perbelanjaan menyediakan pakaian, makanan dan minuman kepada tetamu mengikut kemampuan namun jangan sampai melakukan pembaziran. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kesederhanaan tidak terhad pada agama Islam - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kesederhanaan bukan sahaja melibatkan agama Islam, malah harus juga diamalkan agama lain dalam usaha mencapai matlamat.
PRU15: MCA kekal bersama BN, pastikan kemenangan - Wee Ka Siong
Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipraktikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.
Sambut Syawal penuh kesederhanaan - Mufti
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana.
Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM
Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis GMM sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.
Perdana Menteri seru rakyat kekalkan konsep kesederhanaan
Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal aman dan harmoni bagi membolehkan kerajaan merancang pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Konsep kesederhanaan Malaysia dihargai di pentas dunia - Ali Hamsa
Konsep kesederhanaan yang dibawa oleh Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dihargai di pentas antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri
Hindari salah tafsir konsep jihad, hayati prinsip wasatiyyah - PM
Perdana Menteri berkata dengan berpegang kepada hukum-hakam Islam yang betul dan syumul, mereka tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.
Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh
Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.
'Wasatiyyah tidak sama dengan liberalisme'
Wasatiyyah adalah usaha untuk mengimbangi semua kepentingan untuk mencari jalan yang boleh disifatkan sebagai muafakat antara semua.
Malaysia seru dunia guna kesederhanaan untuk henti keganasan
Katanya di seluruh dunia, umat Islam hanya mampu melihat dengan perasaan hampa konflik yang meruntuhkan beberapa komuniti tertua mereka.