awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun saman kenderaan asing akan diteliti semula - Loke
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan BAS.My menggalakkan, kerajaan peruntuk lebih RM200 juta setahun - Loke

Bernama
Bernama
29/01/2026
06:25 MYT
Sambutan BAS.My menggalakkan, kerajaan peruntuk lebih RM200 juta setahun - Loke
Loke (tiga, kiri) bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.My Kota Bharu hari ini. -Foto Facebook
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM200 juta setahun bagi pelaksanaan Program Transformasi formasi Bas Berhenti-Henti (SBST) atau BAS.My di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata sambutan terhadap perkhidmatan bas awam itu setakat ini menggalakkan dan menunjukkan trend peningkatan, termasuk di Kelantan yang telah melaksanakan perkhidmatan berkenaan sepenuhnya sejak lebih enam bulan lepas.
"Walaupun pelancarannya hari ini adalah perasmian rasmi, peningkatan jumlah penumpang telah direkodkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan perkhidmatan BAS.My diterima baik oleh rakyat Kelantan, khususnya warga emas, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya.
Loke berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.My Kota Bharu, di sini, hari ini.
Beliau berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut memaklumkan bahawa perkhidmatan bas berkenaan mendapat sambutan positif daripada rakyat tempatan, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya, dengan ramai pengguna mendaftar bagi menikmati kemudahan itu.
Penggunaan pas konsesi serta kemudahan tambang percuma untuk warga emas, pelajar dan OKU menjadi antara faktor utama peningkatan jumlah penumpang, justeru kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan berkenaan memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan.
Loke berkata pelaksanaan perkhidmatan BAS.My menggunakan model kos tetap, yakni kerajaan membayar pengendali setiap bulan berdasarkan jumlah perjalanan dan jarak yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah penumpang.
Model itu membolehkan pengendali beroperasi tanpa risiko kewangan kerana pembayaran dibuat mengikut kontrak perkhidmatan selama lima tahun, sekali gus memberikan jaminan untuk mendapatkan pembiayaan serta melabur dalam pembelian bas baharu.
"Pendekatan itu berbeza berbanding sebelum ini apabila pengendali berdepan risiko kerugian, terutamanya semasa pandemik COVID-19 apabila jumlah penumpang merosot dan operasi tidak dapat diteruskan," katanya.
Untuk Kelantan sahaja beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM21 juta setahun bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan BAS.My di negeri itu.
Loke berkata peningkatan jumlah penumpang akan menurunkan purata kos perbelanjaan kerajaan bagi setiap penumpang, sekali gus meningkatkan nilai pulangan perbelanjaan awam.
Walaupun sambutan terhadap perkhidmatan bas awam di seluruh negara adalah menggalakkan, kadar penggunaan berbeza mengikut negeri, bergantung kepada corak perjalanan dan tahap penerimaan masyarakat setempat.
"Kita berharap Kelantan menjadi antara negeri dengan kadar penggunaan yang tinggi kerana dasar yang dilaksanakan adalah sama rata di seluruh negara, termasuk pas konsesi dan tambang percuma untuk OKU, warga emas dan pelajar," katanya.
Loke berkata pelaksanaan kontrak perkhidmatan bas kini dilaksanakan secara berperingkat dan tidak lagi tertumpu kepada satu kontrak besar bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan dan mampan.
Selain itu, Kerajaan Madani prihatin terhadap kos pengangkutan awam yang ditanggung rakyat melalui pengenalan pas bulanan perjalanan tanpa had Kad 30 Hari BAS.My.
Pas berkenaan yang diperkenalkan pada Ogos 2023 pada harga RM50 telah diturunkan kepada RM30 bermula November 2025 selepas mendapat persetujuan hasil cadangan Agensi Pengangkutan Awam Darat.
"Ini bermakna pengguna hanya perlu membayar RM30 untuk perjalanan tanpa had di semua 16 laluan BAS.My Kota Bharu bagi tempoh 30 hari," katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata pengguna yang berulang-alik dari Tumpat ke Kota Bharu untuk bekerja perlu membayar tambang RM2.60 sehala atau RM5.20 sehari, namun dengan Kad 30 Hari BAS.My, kos perjalanan bagi 20 hari bekerja hanya RM30 berbanding RM104, iaitu penjimatan kira-kira 71 peratus.
Perkhidmatan BAS.My Kota Bharu melibatkan 16 laluan merentasi 11 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam serta Majlis Daerah Bachok, Gua Musang, Ketereh, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Jeli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#BAS MY
#Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti SBST
#pengangkutan awam
#Mohd Nassuruddin Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan